Mohd Afif, Mohd Yatid (2004) E bina-badan / Mohd Afif Mohd Yatid. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (23Mb) | Preview |
Abstract
E bina badan adalah tajuk bagi projek tahun akhir saya. Objektif utama projek ini adalah untuk menunjukkan dan mengajar cara-cara yang betul dan terbaik dalam membina badan. Projek ini adalah berasaskan halaman web. Intipati projek ini adalah berkenaan teknik-teknik yang paling efektif dalam membina badan. Terdapat enam kumpulan otot yang terbesar dalam bahagian badan manusia.laitu kumpulan otot dada, kumpulan otot bahu, kumpulan otot tangan terbahagi kepada otot bicep dan tricep, kumpulan otot kaki ini termasuk otot di bahagian punggung. Otot-otot yang berada dalam satu kumpulan adalah kerana satu teknik menangkat berat akan memberi kesan kepada setiap otot yang berada dalam satu kumpulan yang sama. Klip animasi telah disediakan menggunakan Perisian Maya untuk menunjukkan cara yang betul dan terbaik untuk membina otot-otot bagi setiap kumpulan. Dengan ini para pengguna boleh melihat dengan lehih jelas dan tepat dan justeru belajar dari teknik tersebut. Saya telah mentelaah dan mengumpul maklumat dari ahli beberapa ahli bina badan yang masyur, seperti Lour Feriggno, Flex Wheeler, Paul Demayo, Dorian Yates Arnold Schwarzenegger, Ronnie Coleman, Nasser El Sonbaty dan Vince Taylor. Setelah meniliti dan melihat penilaian dari majalah - majalah saya telah memilih teknik -teknik yang digunakan oleh Arnold Scwarzenegger, Ronnie Coleman dan Dorian Yates. Ketiga-tiga tokoh bina badan ini adalah lagenda dalam sukan bina badan. Mereka telah meraih kejayaan dalam pertandingan Mr Olympia, pertandingan yang paling berprestij bagi sukan ini. Lebih besar daripada pertandingan Olimpik. Saya juga telah memilih teknik-teknik mereka kerana cara mereka juga telah dibuktikan oleh para saintis bahawa ianya sangat berkesan. Terdapat tiga kuiz ringkas dibina untuk menguji pengetahuan pengguna dalam bidang bina badan. Kuiz ini juga bertujuan untuk menambah interaksi di antara pengguna dan halaman web supaya ia menjadi lebih menarik lagi. Oleh kerana kebanyakan halaman web berkenaan bina badan mempunyai isi kandungan yang agak sama, saya telah membuat kelainan dengan menambahkan klip animasi berkenaan teknik-teknik mengangkat besi dengan betul. lni akan memudahkan lagi pengguna berbanding mempelajari cara membina badan dengan hanya melihat kepada gambar atau membaca teks. Selain itu sayajuga ada menambah halaman berkenaan, diet yang terbaik bagi seorang ahli bina badan yang serius dan profile bina ahli bina badan yang terkemuka.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2003/2004. |
Uncontrolled Keywords: | Laman web; Atas talian; Bina badan; Pengurusan maklumat |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 08 Jul 2021 13:56 |
Last Modified: | 08 Jul 2021 13:56 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/9987 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |