Islam dan kegiatan ekonomi (Satu kajian kes atas kedai-kedai makan orang Melayu di Daerah Kubang Pasu, Kedah) / A. Aziz Mohamod

A. Aziz, Mohamod (1987) Islam dan kegiatan ekonomi (Satu kajian kes atas kedai-kedai makan orang Melayu di Daerah Kubang Pasu, Kedah) / A. Aziz Mohamod. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah yang dilakukan ini adalah salah satu usaha untuk melihat penyertaan dan kesedaran berniaga di kalangan orang Melayu khasnya bagi peniaga kedai makan. Di samping itu bersesuaian dengan perkembangan Islam kini, maka akan dilihat juga kesedaran beragama di kalangan orang Melayu khasnya golongan peniaga. Dan sejauhmana pula mereka meletakkan unsur-unsur Islam dalam perniagaan mereka. Kajian ini adalah lanjutan dari kajian-kajian yang terdahulu yang dilakukan terhadap pemasalahan peniaga kecil. Namun, sebagai atu kajian kes yang cuba melihat kesedaran berniaga dengan beragama di kalangan peniaga, ia dianggap sebagai kajian yang pertama yang pernah dilakukan ke atas kedai makan orang Melayu. Penulisan latihan ilmiah ini mencakupi enam bab. Dimulai dengan bab pengenalan yang menyentuh tentang tujuan dan bidang kajian serta kaedah yang digunakan dalam kajian. Selain dari itu, disentuh juga secara ringkas tentang latarbelakang tempat kajian dan masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian. Masalah yang dianggap penting dalam usaha memahami persoalan yang dikaji adalah konsep-konsep yang dirasakan berkaitan dengan perniagaan, hal ini disentuh dalam bab dua. Manakala dalam bab tiga, disentuh pula latarbelakang peniaga dan perniagaan mereka. Tinjauan kegiatan ekonomi dari perspektif Islam dihuraikan dalam bab empat di mana disentuh tentang dasar-dasar ekonomi Islam (muamalah) dan kefamahan Islam di kalangan orang Melayu khsanya golongan peniaga kedai makan di Daerah Kubang Pasu. Manakala dalam bab lima, dihuraikan beberapa masalah yang dihadapi oleh peniaga. Disamping diutarakan beberapa cadangan yang difikirkan munasabah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Akhir sekali, sebagai penutup iaitu bab enam, penulisan ini cuba menggariskan beberapa faktor kelemahan dan rumusan umum penglibatan peniaga Melayu dalam bidang perniagaan. Adalah diharapkan penulisan ini dapat menimbulkan suatu kesedaran di atas prestasi dan kekedudukan ekonomi serta kefahaman Islam di kalangan orang Melayu. Moga-moga, kita dapat menyusun usaha meningkatkan lagi pencapaian ekonomi dan kefahaman Islam di kalangan masyarakat.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Orang Melayu; Islam; Aktiviti ekonomi; Peniaga; Perniagaan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 22 Jul 2020 04:23
    Last Modified: 22 Jul 2020 04:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10224

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item