Kajian intertekstualiti dalam novel-novel Siti Zainon Ismail / Norhayati Md. Yatim

Norhayati , Md. Yatim (2018) Kajian intertekstualiti dalam novel-novel Siti Zainon Ismail / Norhayati Md. Yatim. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (180Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (1417Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini menganalisis dua buah novel terpilih karya Siti Zainon Ismail, iaitu Pulau Renik Ungu (1995) dan Delima Ranting Senja (2009). Analisis dibuat dengan menggunakan teori intertekstualiti yang diperkenalkan oleh Julia Kristeva (1980). Tiga prinsip utama yang terdapat dalam teori intertekstualiti, iaitu prinsip transformasi, prinsip modifikasi dan prinsip ekspansi. Permasalahan kajian bertitik tolak daripada kecenderungan Siti Zainon Ismail berkarya dengan merujuk sumber-sumber asalnya (hipoteks) untuk disesuaikan ke dalam karyanya yang baharu (hiperteks). Hal ini berlaku kerana hubungan peribadi dan persekitaran sangat mempengaruhi kepengarangan Siti Zainon Ismail. Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber daripada hipoteks, mengaplikasikan prinsip-prinsip daripada teori intertekstualiti dan menilai faktor-faktor yang menyebabkan pengarang mengaplikasikan ketiga-tiga prinsip tersebut. Metodologi kajian yang diguna pakai adalah kajian kepustakaan dan temu bual. Dapatan kajian pula membuktikan bahawa Siti Zainon Ismail berkarya dengan merujuk sumber hipoteks dan melaksanakan proses transformasi sama ada secara formal atau berbentuk abstrak seperti kerja pemindahan dan penjelmaan episod untuk memperkukuh makna hipoteks. Terdapat juga proses-proses lain seperti penyesuaian, penukaran, peluasan dan pengembangan atau pembaikan daripada teks asal. Hal ini membolehkan teks asal berubah kepada bentuk baharu sama ada aspek kandungan ataupun pemerian plot penceritaan. Kesimpulannya, melalui pengaplikasian ketiga-tiga prinsip daripada teori intertekstualiti ini membuktikan bahawa pengarang berjaya mengolah karya hiperteksnya, iaitu menjadi sebuah karya yang mapan daripada pelbagai aspek seperti plot, tema, watak dan bahasa sehingga dapat menarik minat khalayak menghabiskan pembacaan terhadap karya tersebut.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Malay Studies, University of Malaya, 2018.
      Uncontrolled Keywords: Novel-novel Siti Zainon Ismail; Teks asal; Karya; Hiperteks; Teori intertekstualiti
      Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General)
      Divisions: Academy of Malay Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 15 May 2020 04:14
      Last Modified: 06 May 2021 02:24
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10322

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item