Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai / Nur Aliah Izzaty Hisamudin

Nur Aliah Izzaty , Hisamudin (2019) Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran matematik dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai / Nur Aliah Izzaty Hisamudin. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (183Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (956Kb) | Preview

      Abstract

      Didik Hibur ialah pedagogi dalam pendidikan yang terbaru untuk sesi pembelajaran di sekolah dengan menumpukan pada penggunaan dan pemahaman dan penyerapan sekeliling pelajar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan, penglibatan murid, isu dan cabaran menggunakan kaedah didik hibur berasaskan nyanyian dalam meningkatkan motivasi dalam pembelajaran mata pelajaran matematik dalam kalangan murid. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Seramai empat puluh orang murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai telah terlibat di dalam penyelidikan ini. 10 orang murid telah ditemubual dan 30 orang murid telah terlibat di dalam kaedah pemerhatian. Hasil kajian disokong dengan menemubual seramai tujuh orang guru matematik yang mewakili empat buah sekolah di Malaysia telah dipilih secara bertujuan. Data diperoleh melalui teknik temubual, pemerhatian dan kajian dokumen. Data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa kaedah didik hibur berasaskan nyanyian dapat membantu meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran matematik. Kajian ini memberi implikasi ke atas gaya pembelajaran muridmurid terhadap mata pelajaran matematik dan juga menyumbang kepada pendidikan di Malaysia dengan menemukan rancangan pengajaran dengan menggunakan kaedah didik hibur berasaskan nyanyian dalam mata pelajaran matematik.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Cultural Centre, University of Malaya 2019.
      Uncontrolled Keywords: Didik hibur; Matematik; Motivasi; Sekolah rendah; Kaedah pengajaran
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 19 Feb 2020 03:10
      Last Modified: 19 Feb 2020 03:10
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10984

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item