Penyeliaan instruksional, kepercayaan kepada penyelia, dan kapasiti guru sekolah menengah / Mislinah Makin

Mislinah , Makin (2020) Penyeliaan instruksional, kepercayaan kepada penyelia, dan kapasiti guru sekolah menengah / Mislinah Makin. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (177Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3339Kb)

      Abstract

      Dalam melaksanakan transformasi pendidikan, pemimpin sekolah perlu memberi sokongan kepada guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Amalan penyeliaan instruksional yang berkesan mampu meningkatkan kapasiti guru dalam melaksanakan tugas mereka di dalam bilik darjah. Namun, tidak banyak bukti empirikal yang mengkaji hubungan antara pemboleh ubah tersebut khususnya dalam konteks Malaysia. Berdasarkan tinjauan literatur berkaitan amalan pelaksanaan penyeliaan instruksional, pengkaji mendapati bahawa guru-guru masih kurang jelas tentang proses pelaksanaan penyeliaan instruksional. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan penyeliaan instruksional yang dilaksanakan di sekolah, khususnya konstruk kemahiran penyelia dan bantuan langsung, dan hubungannya dengan kapasiti guru. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti peranan konstruk kepercayaan kepada penyelia sebagai mediator antara konstruk kemahiran penyelia dan bantuan langsung, terhadap konstruk kapasiti guru. Responden kajian terdiri daripada 390 orang guru yang diperoleh melalui pensampelan pelbagai peringkat (multi-stages sampling). Kajian ini mendapati bahawa dalam amalan penyeliaan instruksional, konstruk kemahiran penyelia adalah pada tahap yang tinggi apabila skor min melebihi 4.0; manakala konstruk-konstruk lain, iaitu bantuan langsung, kepercayaan kepada penyelia dan kapasiti guru berada pada tahap sederhana apabila skor min berada di antara 3.0 hingga 4.0. Berdasarkan nilai goodness of fit, hasil analisis SEM dalam kajian ini mendapati bahawa model kajian yang dibentuk adalah fit dengan RMSEA <0.08, chisq/df <5.0; p < 0.05; dan CFI > 0.9. Dapatan ujian SEM juga menunjukkan terdapat kesan positif yang signifikan antara ketiga-tiga konstruk iaitu konstruk bantuan langsung, konstruk kemahiran penyelia dan konstruk kepercayaan kepada penyelia dengan konstruk kapasiti guru. Analisis terhadap peranan mediator menunjukkan bahawa konstruk kepercayaan kepada penyelia berperanan sebagai mediator separa dalam hubungan antara konstruk bantuan langsung dengan konstruk kapasiti guru. Pada masa yang sama konstruk kepercayaan kepada penyelia juga berperanan sebagai mediator separa antara konstruk kemahiran penyelia dengan konstruk kapasiti guru. Kajian ini juga membangunkan model yang menunjukkan hubungan antara tiga konstruk penyeliaan instruksional dan konstruk kapasiti guru.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Penyeliaan instruksional; Kemahiran penyelia; Transformasi pendidikan; Konstruk kepercayaan; Mediator
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 25 Jul 2023 04:15
      Last Modified: 25 Jul 2023 04:15
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14654

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item