Pemahaman murid tingkatan lima tentang konsep dalam topik janjang aritmetik / Siti Zaharah Edwar

Siti Zaharah , Edwar (2020) Pemahaman murid tingkatan lima tentang konsep dalam topik janjang aritmetik / Siti Zaharah Edwar. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (192Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (2001Kb)

      Abstract

      Janjang Aritmetik merupakan tajuk yang sangat penting bagi murid Tingkatan Lima yang mengambil matapelajaran elektif Matematik Tambahan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui pemahaman murid Tingkatan Lima tentang konsep dalam topik janjang aritmetik. Seramai empat orang murid Tingkatan Lima dipilih dalam kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Mereka belajar di sebuah sekolah menengah di Selangor. Kajian ini dijalankan berlandaskan teori konstruktivisme radikal. Kajian kes digunakan bagi mengumpulkan data melalui empat sesi temu bual klinikal yang melibatkan gambaran mental, perwakilan, makna dan penyelesaian masalah. Setiap sesi temu duga dirakam dengan alat perakam video. Data kajian dalam bentuk jawapan bertulis dan lakaran ditranskripkan ke bentuk tulisan mengikut kategori. Seterusnya analisis merentas kes dijalankan untuk mengetahui pemahaman murid Tingkatan Lima tentang konsep dalam topik janjang aritmetik secara kolektif. Hasil kajian mendapati gambaran mental tentang janjang aritmetik yang dimiliki oleh murid adalah pelbagai dan boleh dikelaskan kepada tiga tema: (i) situasi harian pola (ii) pola (iii) formula atau cara manual. Di samping itu, cara murid mewakilkan janjang aritmetik boleh dikelaskan kepada dua tema: (i) bahan konkrit (ii) naratif bahasa. Dalam pada itu, makna janjang aritmetik yang diberikan oleh murid dikelaskan kepada satu tema iaitu perbandingan. Murid mempamerkan tiga tema dalam penyelesaian masalah janjang aritmetik iaitu: (i) susunan (ii) graf garis lurus (iii) formula atau cara manual. Implikasi dapatan kajian ini dapat membantu antara lain dari segi pedagogi kepada guru dan pensyarah dalam mengajar tajuk janjang aritmetik dalam usaha untuk mengetahui, menarik minat dan meningkatkan pemahaman murid tentang konsep dalam topik janjang aritmetik.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Janjang aritmetik; Pemahaman murid; Graf garis lurus; Teori konstruktivisme radikal; Nombor sepunya
      Subjects: L Education > L Education (General)
      Q Science > QA Mathematics
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 03 Dec 2024 06:32
      Last Modified: 03 Dec 2024 06:32
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15214

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item