Uraidah , Abdul Wahab (2023) Keberkesanan strategi pemetaan semantik terhadap penguasaan kolokasi bahasa Arab / Uraidah Abdul Wahab. PhD thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (225Kb) | |
PDF (Thesis PhD) Download (6Mb) |
Abstract
Saiz dan kedalaman kosa kata merupakan dua dimensi ilmu kosa kata yang berkait rapat antara satu sama lain. Antara elemen kedalaman kosa kata yang penting dalam meningkatkan penguasaan kosa kata, kecekapan komunikasi dan kelancaran berbahasa seperti penutur jati adalah pengetahuan kolokasi. Namun, menjadi kesukaran kepada pelajar bahasa asing untuk menguasai pengetahuan kolokasi apatah lagi mengekalkannya dalam memori jangka panjang disebabkan keterbatasan pengetahuan penggunaan kata dan kekeliruan makna. Justeru, kajian gabungan Urutan Penjelasan ini bertujuan mengkaji hubungan saiz kosa kata dan pengetahuan kolokasi serta keberkesanan strategi pemetaan semantik (SPS) dalam pembelajaran kolokasi bahasa Arab sebagai bahasa asing bagi membantu pelajar menguasai dan mengingat kolokasi. Data kuantitatif dikumpul melalui kaedah kuasi eksperimen ujian pra-pasca, manakala data kualitatif diperolehi melalui kaedah tinjauan temu bual semi struktur. Subjek kajian terdiri daripada 150 orang pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Dapatan kajian menunjukkan bahawa saiz kosa kata kumpulan eksperimen dan kawalan berkorelasi secara signifikan (r=.73,.78,p=.000) dengan pengetahuan kolokasi bahasa Arab bahkan perhubungan ini adalah positif yang kuat. Analisis statistik turut membuktikan bahawa keberkesanan penggunaan strategi pemetaan semantik bukan sekadar mempengaruhi tahap penguasaan kolokasi bahasa Arab secara individu (UJIAN [F(1.94,287.90)=2249.90, p<.05]), malah memberi kesan interaksi kepada penguasaan kolokasi bahasa Arab dan pengekalannya dalam memori jangka panjang secara berkumpulan (UJIAN*KUMPULAN [F(1.95,287.90)=1586.43, p<.05]). Berdasarkan penjelasan dan keupayaan pelajar membezakan ciri pemetaan semantik dengan strategi pembelajaran lain, membuktikan bahawa mereka telah melalui proses pengecaman dan kesedaran kolokasi. Implikasi kajian ini jelas menunjukkan bahawa wujud keserasian strategi pemetaan semantik dalam pembelajaran kolokasi leksikal bahasa Arab melalui penekanan aspek perkaitan antara konsep, pengelompokan dan kefasihan berbahasa.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Strategi; Pemetaan semantik; Kolokasi; Bahasa Arab; Komunikasi |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Nov 2024 06:33 |
Last Modified: | 08 Nov 2024 06:33 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15248 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |