Peranan guru pendidikan islam dalam pembentukan akhlak murid dari aspek hubungan guru-murid berasaskan Abu Talib Al-Makki (w.386H/996M) / Abdul Muhsien Bin Sulaiman

Sulaiman, Abdul Muhsien (2014) Peranan guru pendidikan islam dalam pembentukan akhlak murid dari aspek hubungan guru-murid berasaskan Abu Talib Al-Makki (w.386H/996M) / Abdul Muhsien Bin Sulaiman. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini menganalisis pemikiran Abu Talib al-Makki (w.386H/996M) dalam kitab Qut al-Qulub Fi Mu‘amalat al-Mahbub Wa Wasf Tariq al-Murid Ila Maqam al-Tawhid. Ia dijalankan pada bab ke-44: al-Fasl; al-Ukhuwwah fi Allah Wa al-Suhbah Wa al-Mahabbah dalam kitab Qut al-Qulub berkaitan peranan guru dari aspek hubungan guru-murid menggunakan pendekatan analisis kandungan. Ia kemudiannya diadaptasi sebagai peranan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam usaha pembentukan akhlak murid. Beberapa bahan ilmiah lain telah digunakan bagi menyokong idea-idea al-Makki berkaitan peranan guru dalam Qut al-Qulub seperti kitab Adab al-Suhbah wa al-Mu‘asyarah dan Ihya’ ‘Ulum al-Din karya Abu Hamid al-Ghazali (w.505H/1111M). Selain teknik analisis kandungan, teknik temu bual separa formal (bentuk separuh struktur) dan pemerhatian diaplikasikan dalam kajian kualitatif ini. Temu bual separa formal dijalankan ke atas 4 orang guru Pendidikan Islam (GPI), 2 orang murid menengah atas dan 2 orang murid menengah rendah di sebuah sekolah terpilih. Dari aspek kesahan dan kebolehpercayaan kajian, penyelidik mengaplikasikan kaedah triangulasi, penilaian rakan, transkripsi, tempoh kajian yang lama serta persetujuan peserta kajian bagi memastikan dapatan kajian ini benar-benar tulen. Dapatan utama kajian dari analisis peranan guru dari aspek hubungan guru-murid dalam fasal ke-44 ialah (i) prihatin, (ii), menerapkan perasaan kasih-sayang, (iii) menyemai sifat terpuji, (iv) membimbing dan (v) mengekalkan keserasian. Dapatan temu bual semua peserta kajian mendapati peranan-peranan ini adalah peranan lazim dalam proses pembentukan akhlak murid, namun ia perlu diperkasakan lagi. Faktor-faktor seperti ketidaksedaran pentadbir, kealpaan guru, orientasi pendidikan semasa dan kekangan masa menjadi penghalang utama daripada guru memainkan peranan sepatutnya dalam hubungannya dengan murid. Dapatan pemerhatian pula menunjukkan bahawa amalan hubungan guru-murid dalam pembentukan akhlak berada pada tahap sederhana. Majoriti peserta kajian mendapati hubungan guru-murid sudah sedia diamalkan, akan tetapi ia berlaku secara tidak formal berdasarkan keprihatinan seseorang GPI. Justeru, lebih bermakna jika usaha ke arah memperkasakan pembentukan akhlak di sekolah mengambil pendekatan yang lebih holistik dengan memperkukuhkan aspek peranan guru dan hubungan guru-murid.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Institut Pengajian Siswazah, Universiti of Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Peranan guru pendidikan islam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    L Education > L Education (General)
    Divisions: Institute of Graduate Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Feb 2015 15:28
    Last Modified: 10 Feb 2015 15:28
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4728

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item