Abdul Malik, Mohd Pua’ad (2014) Pemikiran hukum Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin dalam Kitab Ta'yid Tadhkirah Muttabi' Al-Sunnah fi al-rad 'ala al-qa'il bi sunniyah rak'atayn qabl al-Jum'ah / Mohd Pua'ad bin Abdul Malik. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin merupakan seorang tokoh ulama yang tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu. Beliau adalah seorang tokoh islah yang terkenal di Tanah Melayu dan banyak berjasa dalam perkembangan dakwah dan pemikiran hukum Islam di Tanah Melayu. Matlamat Kajian memperkenalkan kitab tulisan Syeikh Tahir Jalaluddin yang berjududul Ta’yid Tadhkirah Muttabi‘ al-Sunnah fi al-Rad ‘Ala al-Qa’il bi Sunniyah Rak‘atayn Qabl al-Jum‘ah dan menganalisis metodologi penulisan di dalam kitab tersebut. Pembahasan juga memfokuskan secara khusus pemikiran hukum Syeikh Tahir Jalaluddin yang dilontarkan di dalam kitab merangkumi pembahasan ilmu usul dan fiqh. Melalui kajian, metode penulisan Syeikh Tahir Jalaluddin beliau banyak terpengaruh dengan penulisan-penulisan klasik Arab terdahulu dan terdapat banyak pengaruh usul dan fiqh di dalam penulisan tersebut. Beberapa aspek pemikiran hukum beliau dapat dikenal pasti antaranya aspek yang kuat menonjol ialah dari sudut metode istinbath dengan mendahulukan nas di dalam mana-mana situasi. Pemikiran hukum beliau juga berperanan di dalam mengerakan corak berfikir dan menyerlah apabila turut mengupas beberapa topik penting dalam ilmu Usul al-fiqh iaitu Qawa’id al-Fiqhiyyah, Qawl al-Sahabi, Maslahah serta Kaedah Usul. Walaupun perbahasannya dilihat ringkas tetapi sangat relevan mengikut konteks zamannya. Beliau menyeru berijtihad kepada pendapat yang paling kuat dan konsisten dengan penggunaan dalil dan realiti semasa walaupun terkeluar dari lingkungan pandangan dan pendapat Imam mazhab. Manhaj ini menjadi pengukur bagi mengenal pasti intipati idea dan pemikiran islah dan tajdid Syeikh Tahir yang bersifat kekal, terkehadapan dan mendahului zamannya.
Actions (For repository staff only : Login required)