Pengurusan hotel secara Islam : kajian terhadap pengurusan makanan halal di Hotel De Palma Ampang, Selangor / Muhamad Zan bin Sailan

Sailan, Muhamad Zan (2013) Pengurusan hotel secara Islam : kajian terhadap pengurusan makanan halal di Hotel De Palma Ampang, Selangor / Muhamad Zan bin Sailan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (26Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (359Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1328Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (1193Kb) | Preview

          Abstract

          Pengurusan hotel secara Islam merupakan salah satu cabang dalam pengurusan Islam. Antara perkara yang perlu diberi keutamaan adalah dalam soal pengurusan makanannya kerana ia mempunyai kaitan secara langsung dengan pelanggan-pelanggan di hotel. Namun, pengabaian sesetengah pengusaha makanan terhadap aspek pengurusan makanan halal ini menarik perhatian pengkaji. Justeru, kajian ini cuba melihat sejauh mana pihak pengurusan hotel memahami tuntutan halalan tayyiban dan juga kepatuhan mereka terhadap garis panduan halal yang telah dikeluarkan oleh pihak berwajib. Kajian ini dijalankan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor yang menjalankan operasinya berlandaskan syariah compliant. Bagi mencapai objektif kajian, kajian perpustakaan dan lapangan dijalankan. Data kajian dikumpulkan menerusi penelitian terhadap kitab-kitab muktabar seperti Ihya’ Ulum al-Din, laman-laman web yang berkaitan, temubual dengan pihak pengurusan hotel dan juga pemerhatian di premis makanan hotel berkenaan. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pihak pengurusan hotel menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak bertentangan dengan konsep pengurusan hotel secara Islam. Kajian juga mendapati pihak pengurusan hotel sentiasa berusaha memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi memenuhi ciri-ciri sebuah hotel Islam. Dalam pengurusan makanannya pula, pihak hotel telah mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Halal yang bertanggungjawab memastikan urusan penyediaan makanan dan minuman di hotel dapat memenuhi garis panduan halal. Namun, masih terdapat beberapa elemen yang perlu diperkemaskan terutamanya berkaitan prinsip warak dalam pengurusan makanan. Urusan pengangkutan dan penyimpanan bahan mentah perlu dipastikan menggunakan ruang khas yang berasingan dari bahan-bahan yang tidak halal. Selain itu, pihak hotel perlu berusaha menyediakan ruang makan khas yang berasingan antara kaum lelaki dan wanita yang bukan mahram. Walaupun perkara ini dianggap kecil, tetapi pihak hotel perlu sentiasa melakukan penambahbaikan dalam operasi mereka bagi meningkatkan imej Islam dan keyakinan masyarakat Muslim terhadap hotel Islam. Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada agensi dan badan pembuat polisi berkaitan pengurusan hotel secara Islam, pihak industri yang menceburi bidang perhotelan serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang berkaitan.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
          Uncontrolled Keywords: Hotel management--Islamic; Food--Religious aspects--Islam--Hotel De Palma Ampang
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 15 Jun 2015 13:05
          Last Modified: 15 Jun 2015 13:05
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5079

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item