Ballazi, Nur Jannah (2013) Penentuan tarikh-tarikh penting dalam sirah Rasulullah SAW berdasarkan pengiraan takwim Hijri terkini / Nur Jannah Ballazi. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Masyarakat Arab dahulu mengamalkan al-Nasi’ dalam sistem takwim Qamariyah. Al-Nasi’ ialah amalan mengakhirkan dan mengawalkan bulan-bulan haram untuk menghalalkan peperangan mengikut hawa nafsu. Amalan al-Nasi’ menyebabkan catatan tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Nabi Muhammad SAW bercanggah dalam nukilan sejarah Islam. Antara peristiwa-peristiwa tersebut ialah: Hari kelahiran Muhammad SAW, perkahwinan Muhammad SAW dengan Khadijah, Muhammad SAW diutus menjadi Nabi, peristiwa Israk dan Mikraj, perkahwinan Rasulullah SAW dengan ‘Ai’shah, hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, solat Jumaat pertama Rasulullah SAW di Madinah, hari kematian Ibrahim ketika gerhana matahari, hari wukuf ketika haji wada‘ dan kewafatan Rasulullah SAW. Disertasi ini cuba merungkai dan menyemak semula tarikh sebenar peristiwa-peristiwa tersebut. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah metod perpustakaan dengan meneliti kitab-kitab sirah serta mengambil pendapat yang rajih dan membandingkan dapatan yang diperolehi dengan menggunakan perisian Moon Calculator 6.0. Tarikh sebenar beberapa peristiwa-peristiwa penting dalam sirah Nabi SAW bercanggah dengan dapatan dan kajian semasa.
Actions (For repository staff only : Login required)