., Hendriansyah (2013) Kajian pelaksanaan zakat pertanian di Sumatera Utara, Indonesia / Hendriansyah. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Pertanian merupakan sumber asasi bagi memenuhi keperluan hidup manusia daripada zaman dahulu hingga sekarang. Islam telah mewajibkan mengeluarkan sebahagian harta termasuk pertanian untuk membersihkannya daripada kekotoran dan juga sebagai kepedulian sosial terhadap sesama manusia. Zakat pertanian mempunyai potensi yang besar dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat Islam khususnya di daerah Sumatera Utara. Sebanyak 47% daripada penduduk Sumatera Utara bekerja di bidang pertanian, perladangan, perikanan dan peternakan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji pelaksanaan zakat pertanian di Sumatera Utara dengan melihat jenis pertanian yang telah dikeluarkan zakat serta cara pelaksanaan dan pentadbiran zakat pertanian di Sumatera Utara. Kajian ini menggunakan dua bentuk kajian iaitu kajian perpustakaan untuk melihat pandangan sarjana Islam mengenai konsep zakat pertanian dan kajian lapangan untuk melihat sejauh mana amalannya di kalangan petani di daerah Sumatera Utara. Hasil kajian mendapati bahawa petani di daerah Sumatera Utara hanya mengeluarkan zakat padi sahaja sedangkan untuk jenis tanaman lain tiada didapati sebarang kutipan zakat pertanian. Untuk pelaksanaan zakat pertanian penulis tiada mendapati data daripada institusi zakat kerana petani di daerah Sumatera Utara membayarkan secara langsung zakat pertanian mereka kepada mustahik zakat.
Actions (For repository staff only : Login required)