Parameter of Islamic tolerance in fasting : an analysis from perspective of principles of Islamic jurisprudence = Dawabit samahat al-Islam fi al-siyam : dirasah ta'siliyah tahliliyah / Alharbi Khalid Hindik

al-Harbi, Khalid Hindik (2013) Parameter of Islamic tolerance in fasting : an analysis from perspective of principles of Islamic jurisprudence = Dawabit samahat al-Islam fi al-siyam : dirasah ta'siliyah tahliliyah / Alharbi Khalid Hindik. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (31Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (10Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1462Kb) | Preview

        Abstract

        Tesis ini mengandungi kajian mengenai garispanduan bertoleransi dalam hukum syariat yang berkaitan dengan ibadat secara umumnya dan ibadat puasa secara khusus, menerusi tafsiran ayat-ayat Quran, huaraian hadis-hadis berkaitan, penelitian terhadap fatwa-fatwa para sahabat dan pandangan para fuqaha' serta permasalahan feqah dan usul yang berkaitan dengan hukum taklifi (ketetapan). Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep toleransi dalam hukum syarak dan perbezaan di antaranya dengan konsep mengambil mudah serta mengaplikasikannya dalam ibadat puasa secara khusus. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mewujudkan garis panduan bertoleransi dalam hukum taklifi supaya dapat dimanfaatkan dalam urusan ibadat dan mengecilkan lingkungan khilaf (perbezaan pandangan) seboleh yang mungkin dalam permasalahaan feqah serta menghadkan sikap taksub dan sikap terlalu melonggarkan hukum taklifi yang menyebabkan kesusahan atau hilangnya matlamat hukum syarak. Kajian ini telah dilakukan menerusi dua metodologi, iaitu metodologi pengumpulan data, dengan mengumpul bahan-bahan ilmiah secara sistematik dan metodologi analisis data, dengan mengupas bahan-bahan ilmiah tersebut dan mengkajinya untuk mendapatkan definisi yang lengkap tentang toleransi dalam hukum syarak dan menjelaskan perbezaan di antara toleransi dengan mengambil mudah pada hukum taklifi, serta menyatakan matlamat syarak daripada toleransi dalam ibadat yang difardukan ke atas mukallaf. Selain itu, kajian ini bertujuan menetapkan garis panduan yang dapat menentukan sama ada fatwa-fatwa dan kajian–kajian yang berkaitan dengan ibadat menyusahkan mukallaf atau menghilangkan roh hukum syarak serta tujuannya melalui toleransi pada hukum taklifi. Kajian ini yang berkaitan dengan bab ibadat mendapati bahawa mencari toleransi dalam hukum syarak yang telah diperintahkan ke atas manusia adalah sangat penting dalam menentukan kayu ukur yang mampu mengukur perkara baru dan masalah-masalah yang berkaitan dengan ibadat. Begitu juga dalam dakwah kepada agama Islam dan menjelaskan kemudahan syariat Islam yang hadir untuk membebaskan manusia daripada kesusahan dan kesempitan kepada keselesaan dan kesenangan dan daripada kesesatan kepada hidayah dan kebaikan di Dunia dan akhirat. Kajian ini menekankan supaya tidak dijadikan toleransi sebagai jalan untuk meringankan hukum taklifi dan menghilangkan tujuan asalnya dengan meletakkan garis panduan kepada toleransi dalam hukum syarak yang berkaitan dengan ibadat, wallahu a'lam.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Fasting--Religious aspects--Islam--Quranic teaching; Fasting (Islam)--Quranic teaching; Islam--Customs and practices; Ramadan
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 09 Jun 2015 15:22
        Last Modified: 09 Jun 2015 15:22
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5095

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item