Abd Hafidz, Hamdana (2011) Analisis prestasi amanah pelaburan hartanah Islam (I-REITs) di Malaysia / Hamdana bt Abd Hafidz. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Malaysia merupakan negara pertama yang mengeluarkan garis panduan I-REITs dan memperkenalkan tanda aras global bagi membangunkan I-REITs. I-REITs adalah berbeza dengan REITs konvensional di mana I-REITs adalah dilarang dalam percampuran aktiviti yang tidak dibenarkan oleh syariah. Hanya terdapat tiga I-REITs yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kajian ini hanya memilih dua I-REITs sebagai kajian kes dalam tempoh tahun 2006 hingga 2009. Kajian ini menilai prestasi di antara Al-‘Aqar KPJ REITs dan Al-Hadharah Boustead REITs. Al-‘Aqar KPJ REITs merupakan I-REITs pertama yang tersenarai di Bursa Malaysia dan merupakan I-REITs berasaskan penjagaan kesihatan pertama diperkenalkan. Manakala Al-Hadharah Boustead REITs pula merupakan REITs perladangan yang melabur dalam perladangan kelapa sawit dan perkilangan minyak kelapa sawit. Kajian ini menggunakan analisis nisbah kewangan dari segi kecairan, leveraj dan keberuntungan bagi menilai prestasi kedua-dua I-REITs tersebut yang melabur dalam portfolio hartanah yang berbeza. Hasil kajian mendapati tahap kecairan Al-Hadharah Boustead REITs adalah lebih rendah berbanding Al-‘Aqar KPJ REITs. Dari segi nisbah leveraj, Al-‘Aqar KPJ REITs menunjukkan nisbah yang agak tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa nisbah perlindungan bagi Al-‘Aqar KPJ REITs adalah jauh lebih rendah daripada Al-Hadharah Boustead REITs. Walau bagaimanapun, dari segi nisbah keberuntungan kedua-dua I-REITs menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
Actions (For repository staff only : Login required)