Peruntukan undang-undang murtad di Selangor : satu kajian berasaskan maqasid shar'iyyah / Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik

Mohamed Shapik, Mohamad Zamri (2011) Peruntukan undang-undang murtad di Selangor : satu kajian berasaskan maqasid shar'iyyah / Mohamad Zamri bin Mohamed Shapik. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (51Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (342Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (320Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1072Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (579Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (489Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (229Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (389Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (233Kb) | Preview

                    Abstract

                    Jenayah riddah (murtad) telah terbukti berlaku pada hari ini. Ia berlaku tanpa mengenal sempadan negeri, bentuk geografi, budaya, bahasa dan warna kulit. Banyak kajian mengenai isu murtad telah dihasilkan. Namun penyelidikan ini menjurus kepada usaha menangani jenayah murtad dari sudut maqāsid shar’iyyah. Kajian ditumpukan di negeri Selangor kerana ia adalah sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Malah ia mengandungi pelbagai etnik, budaya dan agama. Penyelididkan ini mengunakan metode perpustakaan bagi memahami maqāsid shar’iyyah dan murtad dari segi konsep dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengannya. Manakala metode temubual telah digunakan bagi mendapatkan perkembangan terkini pengurusan kes murtad di negeri Selangor dari pihak yang berautoriti seperti Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor, Mahkamah Syariah dan Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman. Pemerhatian terhadap kes murtad yang telah berlaku di negeri ini juga adalah salah satu metode yang digunakan dalam kajian ini bagi memahami proses sebenar pengendalian kes murtad di Selangor. Kajian ini mendapati jenayah murtad telah berlaku di Selangor dan kelompok yang paling ramai murtad adalah di kalangan muallaf. Kejadian murtad semakin berleluasa kerana di negeri Selangor tiada peruntukan undang-undang untuk membendung jenayah murtad. Oleh itu agensi yang diamanahkan untuk membendung jenayah ini tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Malah infrasruktur yang disediakan bagi memulihkan pesalah murtad juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Bagi menangani masalah ini, konsep hifz al-din dalam maqāsid shar’iyyah telah menggariskan empat perkara penting iaitu al-hākimiyyah, al-tarbiyyah, al-wiqāyah dan al-‘uqūbah. Oleh itu penyelidik mencadangkan supaya kerajaan negeri Selangor menggubal Enakmen Kawalan Akidah Negeri Selangor bagi memberi kuasa kepada MAIS, JAIS, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan Baitul Iman. Di samping itu usaha yang berterusan untuk mendidik rakyat negeri Selangor mengenai akidah Islamiah dan membendung apa jua program yang boleh mendorong orang Islam untuk murtad sebagai langkah pencegahan. Bahkan penguatkuasaan undang-undang murtad mesti dilaksanakan dengan serius. Begitu juga dengan proses istitābah perlu ditangani dengan profesional bagi memberi impak yang berkesan kepada orang yang dituduh. Akhirnya, hukuman yang setimpal hendaklah dijatuhkan kepada penjenayah murtad sebagai pengajaran kepada orang Islam yang lain dan peringatan kepada orang bukan Islam supaya tidak mempermainkan agama Islam. Berasaskan kepada hasil penyelidikan yang dikemukakan di atas, model hifz al-din dalam maqāsid shar’iyyah adalah contoh terbaik bagi menangani jenayah murtad di negeri Selangor.

                    Item Type: Thesis (Masters)
                    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
                    Uncontrolled Keywords: Apostasy--Islam; Apostasy (Islamic law)--Selangor
                    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                    K Law > K Law (General)
                    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
                    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                    Date Deposited: 09 Jun 2015 15:48
                    Last Modified: 09 Jun 2015 15:48
                    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5103

                    Actions (For repository staff only : Login required)

                    View Item