Pelaksanaan hukum Islam secara kontekstual di Indonesia : analisis terhadap kompilasi hukum Islam (KHI) / Abdul Muiz Khazin

Khazin, Abdul Muiz (2010) Pelaksanaan hukum Islam secara kontekstual di Indonesia : analisis terhadap kompilasi hukum Islam (KHI) / Abdul Muiz Khazin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1282Kb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini difokuskan kepada pembahasan tentang Kompilasi Hukum Islam (KHI) sebagai sesebuah kitab Undang-Undang Islam dalam bidang ahwal al-syakhsiyyah yang dikuatkuasakan sebagai satu perundangan di Indonesia dengan instrumen perundangan iaitu “Instruksi Presiden No. 1 tahun 1991”. Disertasi ini merupakan kajian kepustakaan dengan menggunakan metode deskriptif-analitik, metode pensejarahan dan analisis kandungan dalam pengolahan data yang terkumpul. Dalam sejarahnya, pelaksanaan hukum Islam di Indonesia mengalami pasang-surut dan bergantung pada penguasa tempatan. Pada awalnya, hubungan antara hukum Islam dengan adat-resam di Nusantara sangat kental dan harmonis, dan menjadi hukum yang hidup dalam masyarakat tempatan, sehingga diiktiraf sebagai hukum kerajaan di beberapa kerajaan di Indonesia. Hubungan ini menjadi tidak harmoni apabila pemerintahan kerajaan kolonialisme Belanda campur tangan dengan keberadaan hukum Islam di Indonesia, demi kepentingan kekuasaan dan penyebaran agama mereka. Apabila Indonesia merdeka, pelaksanaan hukum Islam mulai mengalami perkembangan yang bererti, sehingga nilai-nilai hukum Islam mulai diterima, bahkan sebahagian dari padanya diiktiraf dan dikuatkuasakan sebagai salah satu aturan perundangan, iaitu dalam bentuk Kompilasi Hukum Islam (KHI). Walaupun demikian, lahirnya KHI tidak membuat mati pemikiran hukum Islam yang berbagai-bagai dan inovatif, sama ada secara perseorangan mahupun secara organisasi (jama'i), serta tidak memberikan kata putus dalam pertelingkahan pemikiran dan pelaksanaan hukum Islam. Ramai anggapan yang berhubung kait dengan fenomena berkenaan, diantaranya adalah pra-konsepsi bahawa bahagian-bahagian tertentu dalam kandungannya dinilai tidak sesuai dengan ajaran Islam, adanya peminggiran ke atas perempuan, banyak persoalan yang terjadi belum disusun, dan proses kodifikasinya bermuatan politik. Dalam kajian ini mendapatkan temuan bahawa kandungan KHI, ditemukan beberapa pembaharuan yang secara amnya diasaskan kepada al-‘Urf, Maslahah al-mursalah dan Saddu al-dhari'ah, akan tetapi, pengembangan dan pembaharuan dalam bentuk KHI berkenaan, belum diikuti dengan pengembangan usul fiqh yang sistematik dan berkeperibadian Indonesia pula, sehingga pengistilahan fiqh Indonesia, secara epistemologinya boleh diperdebatkan. Selain itu, beberapa aturan dalam KHI belum final dan memerlukan beberapa perubahan selari dengan perkembangan semasa, selain juga beberapa aturan yang perlu untuk diulang kaji. Apatah lagi dengan perkembangan dunia moden dengan berbagai-bagai penemuan baharu dalam bidang perubatan dan bio-teknologi. Dalam aspek lain, negara-negara Muslim sudah pun menggunakan konsep nation–state sebagai realiti semasa. Oleh kerananya, pengembangan pemikiran dan pelaksanaan hukum Islam harus diselarikan dengan perkembangan sistem perundangan moden, selain juga mengembangkan konsep hubungan antara agama (Islam) dengan negara yang lebih harmoni, kerana kedua-dua hal berkenaan saling berhubung kait.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Islamic law--Indonesia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 09 Jun 2015 16:14
    Last Modified: 09 Jun 2015 16:14
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5107

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item