Beberapa fenomena irja' dalam pemikiran umat Islam dan implikasinya di Malaysia / Mohd Aizam bin Mas'od

Mas'od, Mohd Aizam (2012) Beberapa fenomena irja' dalam pemikiran umat Islam dan implikasinya di Malaysia / Mohd Aizam bin Mas'od. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (78Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (222Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1858Kb) | Preview

        Abstract

        Irja’ pada hakikatnya adalah suatu bentuk pemikiran yang muncul hasil daripada pergolakan politik yang berlaku pada zaman awal Islam. Ia berfahaman bahawa pelaku dosa besar tetap sempurna imannya berdasarkan prinsip, “kemaksiatan tidak memudaratkan keimanan sebagaimana ketaatan tidak bermanfaat dengan kekufuran”. Kajian ini secara amnya meneliti pemikiran irja’ sebagai suatu fenomena yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia pada masakini. Secara khususnya kajian ini dibuat untuk mengenalpasti sejauh mana wujud hubungan antara kefahaman terhadap definisi iman dengan kemunculan fenomena irja’. Di samping untuk mengkaji sejauh mana pemikiran irja’ bercanggah dengan pandangan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Ia juga meneliti bentuk-bentuk fenomena irja’ dalam kalangan umat Islam di Malaysia serta menganalisis implikasi-implikasi yang timbul natijah daripada fenomena irja’ yang wujud. Dalam menjalankan kajian ini, kedua-dua kaedah penyelidikan kuantitatif dan kuantitatif telah digunakan. Akhirnya, kajian mendapati bahawa terdapat fenomena irja’ yang telah berlaku dalam aspek akidah, syariah dan akhlak sama ada menerusi dasar kerajaan, pandangan individu atau kumpulan Islam tertentu. Ia juga menimbulkan implikasi-implikasi negatif yang boleh mengancam pemikiran umat Islam di Malaysia. Justeru, fenomena irja’ adalah suatu fenomena yang berupaya menggugat kefahaman umat Islam terhadap maksud iman dengan penghayatan yang sebenar.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
        Uncontrolled Keywords: Murji'ah; Islam--Doctrines
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 10 Jun 2015 10:28
        Last Modified: 10 Jun 2015 10:28
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5132

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item