Abu Bakar, Basirah (2014) Penguasaan pengajian qira'at secara dalam talian : kajian di Madinah International Islamic University (MEDIIU) Shah Alam / Basirah binti Abu Bakar. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Sistem pengajian Qira’at telah diolah konsep pengajiannya menjadi program berteraskan alam maya. Dengan itu, Madinah International Islamic University (MEDIIU) membuka peluang ini kepada pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian Qira’at ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini secara umumnya memberi sumbangan bagi penambahbaikan kepada sistem pembelajaran yang ada dan mampu memberi panduan kepada pengajian Qira’at secara lebih berkesan. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah mengenalpasti sejarah penubuhan MEDIIU dan pengajian Qira’at di MEDIIU. Kajian ini juga ingin mengkaji VLE (Virtual Learning Enviroment) dalam pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian diaplikasikan dalam pengajian Qira’at dan menganalisis tahap penguasaan Qira’at secara dalam talian di MEDIIU. Metodologi kajian yang digunakan ialah metodologi kuantitatif melalui temubual, edaran borang soal selidik dan ujian syafawi Qira’at untuk menganalisis tahap penguasaan Qira’at secara dalam talian. Tinjauan yang diukur melalui soal selidik dan ujian syafawi Qira’at menunjukkan 25 orang responden mod pengajian online dari Ijazah Sarjana Muda Sains Al-Quran yang berstatus aktif tidak dapat menguasai pengajian Qira’at secara dalam talian
Actions (For repository staff only : Login required)