Polisi dan strategi pembangunan keusahawanan melalui projek pembasmian kemiskinan di perbandaran (P2KP) : kajian implikasi masyarakat Islam di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia / Nadisa Astawi

Astawi, Nadisa (2011) Polisi dan strategi pembangunan keusahawanan melalui projek pembasmian kemiskinan di perbandaran (P2KP) : kajian implikasi masyarakat Islam di Cirebon, Jawa Barat, Indonesia / Nadisa Astawi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Tujuan penyelidikan ini adalah membincangkan polisi dan strategi pembangunan keusahawanan Islam, perhubungannya dengan projek pembasmian kemiskinan di perbandaran (P2KP) berdasarkan kepada Syariah untuk meningkatkan budaya keusahawanan di kalangan masyarakat, serta untuk mengetahui implikasi P2KP terhadap masyarakat Muslim, sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan budaya di bandar Cirebon. Penyelidikan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif sama ada hasil observasi, temubual, soal selidik, mahupun kajian dokumentasi dianalisis dengan menggunakan analisis deduktif. Kemudian, hasilnya dianalisis dengan menggunakan perisian statistik iaitu SPSS 12. Hasil dari penyelidikan ini membuktikan bahawa adanya peningkatan budaya keusahawanan, sehingga masyarakat dapat mengembalikan bantuan subsidi kewangan yang telah diberikan oleh kerajaan secara berperingkat. Hasil ini, juga menunjukkan bahawa terjalinnya hubungan yang baik dan terjalinnya kerjasama antara peniaga kecil, adanya keinginan yang kukuh untuk meningkatkan keusahawanan melalui P2KP, dan semakin bertambahnya kumpulan peniaga kecil. Hasil penyelidikan ini juga menunjukkan bahawa terdapat korelasi tiga pemboleh ubah yang sangat signifikan dan mempunyai pengaruh dalam kecenderungan budaya keusahawanan iaitu polisi dan strategi pembangunan keusahawanan, pelaksanaan P2KP dan implikasi masyarakat Islam di bandar Cirebon. Hal ini ditunjukkan dengan skor korelasi Pearsonnya lebih besar daripada 0.01 pada tingkat kepercayaan 99 peratus. Korelasi pembolehubah antara polisi dan strategi dengan pelaksanaan P2KP adalah 0.694 pada tingkat kepercayaan 99 peratus. Manakala korelasi P2KP dengan implikasi masyarakat adalah 0.620 pada tingkat kepercayaan 99 peratus. Sementara itu, nilai kolerasi antara polisi dan strategi dengan implikasi masyarakat adalah 0.631 pada tingkat kepercayaan 99 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa polisi dan strategi pembangunan keusahawanan dengan pelaksanaan P2KP dan implikasi masyarakat sangat berhubungkait tetapi korelasinya adalah sederhana. Hasil dari penyelidikan ini menunjukkan bahawa adanya kesan sederhana yang signifikan, sama ada dari aspek ekonomi, sosial dan budaya terhadap masyarakat di bandar Cirebon. Keputusan dari penelitian ini diharapkan dapat memberikan gambaran secara umum tentang pentingnya keusahawanan terhadap masyarakat, khususnya di bandar Cirebon, untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Public welfare--Government policy--Indonesia; Poverty--Government policy--Indonesia; Poverty--Indonesia--Jawa Barat; Community development--Indonesia--Jawa Barat; Entrepreneurship--Indonesia; Muslim businesspeople--Indonesia; Indonesia--Economic conditions
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Jun 2015 10:51
    Last Modified: 10 Jun 2015 10:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5140

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item