Pusat Manuskrip Melayu: Sejarah dan peranan dalam pengurusan manuskrip Melayu / Siti Fathimah Abdul Halim

Siti Fathimah, Abdul Halim (2014) Pusat Manuskrip Melayu: Sejarah dan peranan dalam pengurusan manuskrip Melayu / Siti Fathimah Abdul Halim. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini membincangkan peranan yang dimainkan oleh Pusat Manuskrip Melayu (PMM) iaitu satu bahagian yang diwujudkan di bawah Perpustakaan Negara Malaysia. PMM dipilih sebagai batasan kajian yang melibatkan usaha menguruskan khazanah berharga ini dari aspek fizikal dan intelektualnya melalui program dan dasar yang telah digariskan. Dalam memahami manuskrip sebagai khazanah berharga, penulis mengetengahkan beberapa objektif iaitu menyorot latar belakang penulisan manuskrip di Alam Melayu bermula dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat perkembangan teknologi percetakan serta realiti penyimpanan manuskrip Melayu di Malaysia khususnya. Manakala, objektif kedua pula penulis menyorot sejarah penubuhan Pusat Manuskrip Melayu dan fungsinya sebagai bahagian yang menguruskan manuskrip Melayu dan akhirnya dalam objektif ketiga penulis menganalisis peranan bahagian ini dalam menguruskan manuskrip Melayu dari aspek fizikal mahupun intelektual. Penyelidikan ini adalah bersifat kualitatif dan sebahagian kecilnya bersifat kuantitatif bagi menjawab beberapa soalan berkenaan latar belakang pegawai bahagian ini. Metod yang digunakan dalam usaha mengumpul data ialah kaedah perpustakaan (sekunder dan premier), dokumentasi (premier), temu bual berstruktur (premier) dan edaran borang soal selidik (premier). Hasil kajian mendapati bahawa bahagian ini berjaya memainkan peranannya sebagai bahagian yang diamanahkan mengurus manuskrip Melayu dari aspek fizikal dan intelektualnya melalui penstrukturan, program dan dasar yang telah digariskan dan dilaksanakan seperti yang telah dibincangkan di dalam disertasi ini.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Perpustakaan Negara Malaysia; Special collections; Manuscripts; Malay manuscript; Valuable heritage
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    D History General and Old World > DS Asia
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Jun 2015 16:54
    Last Modified: 04 Feb 2021 01:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5144

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item