Mohd Zahari, Siti Zafrina (2013) Analisis pensejarahan penyertaan calon wanita Muslim dalam pilihanraya umum dari tahun 1959-2008 di Semenanjung Malaysia / Siti Zafrina Mohd Zahari. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF Download (7Kb) | Preview | |
| PDF Download (91Kb) | Preview | |
| PDF (Full Text) Download (185Kb) | Preview | |
| PDF Download (545Kb) | Preview | |
| PDF Download (230Kb) | Preview | |
| PDF Download (259Kb) | Preview | |
| PDF Download (1466Kb) | Preview | |
| PDF Download (403Kb) | Preview | |
| PDF Download (195Kb) | Preview |
Abstract
Disertasi ini merupakan suatu kajian tentang penganalisaan pensejarahan dalam aspek penyertaan calon wanita Muslim dalam pilihanraya umum di Semenajung Malaysia. Tajuk yang dikaji merangkumi penyertaan bagi kerusi DUN dan Parlimen dari tahun 1959 hingga 2008. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kedudukan wanita Muslim sepanjang menyertai pilihanraya umum yang telah berlangsung sejak dari 1959 sehingga 2008, khusus di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk merumus dan menganalisis sejarah penyertaan calon wanita Muslim dalam pilihan raya umum di Semenanjung Malaysia dari tahun 1959 sehingg 2008. Justeru itu, secara amnya, metodologi kajian ini mengandungi kajian berbentuk perpustakaan yang meliputi dokumentasi, historis, dan temubual. Di samping itu, penulis juga menggunakan metode analisis data yang memerlukan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini juga memaparkan senarai kesemua calon wanita Muslim yang menyertai PRU 1959 sehingga tahun 2008 bagi kerusi DUN mahupun parlimen di Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhannya kajian ini menjelaskan bahawa, penyertaan calon wanita Muslim bagi kerusi DUN dan Parlimen di Semenanjung Malaysia sejak zaman 50-an sehingga kini (2008) masih berada di tahap minimum dan kurang memuaskan. Ini kerana kadar penyertaan mereka berada sekitar 9 peratus sahaja berbanding golongan lelaki dan tidak mencapai tahap piawaian antarabangsa iaitu 30 peratus dalam badan pembuatan keputusan. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat memberi penjelasan mengenai wanita Muslim dan politik di Malaysia dan seterusnya masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya oleh pihak yang berkenaan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | M.Usuluddin -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013 |
Uncontrolled Keywords: | Women in politics--Malaysia; Malaysia--Politics and governments |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc D History General and Old World > DS Asia |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 10 Jun 2015 17:15 |
Last Modified: | 10 Jun 2015 17:15 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5146 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |