Ismail, Abdul Hadi (2014) Musharakah mutanaqisah sebagai instrumen pembiayaan perumahan secara Islam : konsep dan pelaksanaannya di RHB Islamic Bank / Abdul Hadi bin Ismail. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF Download (14Kb) | Preview | |
| PDF Download (17Kb) | Preview | |
| PDF Download (85Kb) | Preview | |
| PDF Download (195Kb) | Preview | |
| PDF Download (616Kb) | Preview | |
| PDF Download (221Kb) | Preview | |
| PDF Download (111Kb) | Preview | |
| PDF Download (46Kb) | Preview | |
| PDF Download (88Kb) | Preview | |
| PDF Download (920Kb) | Preview | |
| PDF Download (343Kb) | Preview | |
| PDF Download (990Kb) | Preview | |
| PDF Download (451Kb) | Preview | |
| PDF Download (255Kb) | Preview | |
| PDF (Full Text) Download (81Kb) | Preview |
Abstract
Musharakah mutanaqisah adalah sejenis ‘aqd al-mustajiddah (kontrak baru muncul) dan ‘aqd al-murakkabah (kontrak hibrid) yang lahir hasil daripada daya kreativiti dan inovasi para sarjana fiqh dan kewangan Islam kontemporari dalam menghadapi cabaran sistem kewangan semasa. Ia dirangka bagi tujuan pembiayaan hartanah, perumahan, projek, usahasama perniagaan, perdagangan dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun, ia lebih banyak digunakan bagi tujuan pembiayaan perumahan. Secara umumnya, musharakah mutanaqisah adalah suatu kontrak yang memiliki struktur yang kompleks, konteks pemahaman yang luas, pengklasifikasian dan pengaplikasian yang versatil serta bentuk yang pelbagai. Tidak hairanlah ramai yang keliru tentang maksud sebenar kontrak tersebut. Mutakhir ini pula, industri perbankan Islam di Malaysia mula memberikan perhatian terhadap musharakah mutanaqisah. Satu demi satu institusi kewangan tampil menawarkan produk pembiayaan perumahan menggunakan kontrak tersebut. Justeru itu, kajian ini menjelaskan maksud dan kedudukan musharakah mutanaqisah dalam sistem muamalah Islam. Ia juga mengenal pasti bentuk amalan pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah serta beberapa permasalahan fiqh yang berlaku semasa penawaran produk tersebut. Ia merangkumi permasalahan yang berhubung kait dengan rukun dan syarat, isu penggabungan kontrak sama ada ia termasuk dalam kategori transaksi yang dilarang, bay‘atan fi bay‘ah atau sebaliknya, penentuan jenis al-shirkah sama ada ia dibina di atas dasar shirkat al-milk atau shirkat al-‘aqd dan kedudukan al-wa‘d sama ada ia tanggungjawab diyanah (keagamaan) semata-mata atau turut melibatkan qada’ (perundangan). Untuk menjawab segala permasalahan di atas dan mencapai objektif yang telah ditetapkan, kajian ini menggunakan beberapa kaedah dan metodologi penyelidikan. Ia merupakan satu kajian exploratori (exploratory) dengan menggunakan strategi kajian lapangan (field studies) di mana data dikumpulkan menerusi kajian perpustakaan, dokumentasi dan temubual dan kemudiannya dianalisis secara deskriptif, induktif dan deduktif untuk menyingkap hakikat sebenar konsep dan pelaksanaan pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah di salah sebuah bank Islam tempatan iaitu RHB Islamic Bank. Hasil kajian menunjukkan bahawa musharakah mutanaqisah dan produk pembiayaan perumahan secara musharakah mutanaqisah yang ditawarkan oleh RHB Islamic Bank adalah sejenis ‘aqd al-mustajiddah dan ‘aqd al-murakkabah yang diharuskan dalam sistem muamalah Islam dan berpotensi menggantikan bay‘ bithaman ajil. Walau bagaimanapun, ia masih lagi dianggap sebagai ‘aqd al-mutakamil (kontrak pelengkap) yang saling melengkapi di antara satu dengan yang lain di mana kepelbagaian kontrak juga adalah suatu keperluan dalam industri perbankan Islam.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014 |
Uncontrolled Keywords: | RHB Bank; Housing--Finance--Malaysia; Housing--Finance--Religious aspects--Islam; Housing--Finance--Law and legislation--Malaysia; House buying--Religious aspects--Islam; Loans (Islamic law)--Malaysia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 15 Jun 2015 17:08 |
Last Modified: | 15 Jun 2015 17:08 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5164 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |