Metodologi pentafsiran Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi dalam kitab Tafsir Quran Marbawi / Nor Azlida binti Aziz

Aziz, Nor Azlida (2010) Metodologi pentafsiran Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi dalam kitab Tafsir Quran Marbawi / Nor Azlida binti Aziz. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (125Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (166Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (188Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (279Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (423Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (113Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF (Full Text)
              Download (104Kb) | Preview

                Abstract

                NOR AZLIDA BINTI AZIZ : Metodologi Pentafsiran Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi Dalam Kitab Tafsir Quran Marbawi, Disertasi, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2009. Kajian ini merupakan kajian metodologi pentafsiran al-Quran terhadap sebuah karya tafsir yang ditulis oleh Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi. Di Malaysia, beliau lebih dikenali sebagai tokoh ilmuan dalam bidang hadis dan bahasa berbanding dengan bidang tafsir. Justeru, kajian ini akan mengetengahkan beliau kepada masyarakat dan dunia luar bahawa beliau juga merupakan seorang ilmuan yang menguasai ilmu pentafsiran al- Quran sehingga mampu menulis sebuah karya tafsir yang hampir tidak diketahui kewujudannya dalam bidang tafsir al-Quran. Tumpuan kajian ini adalah metodologi pentafsiran beliau dalam surah al-Fatihah, surah al-Baqarah dan surah Yasin. Kepelbagaian metode pentafsiran yang telah digunakan yang bertujuan memberi kefahaman kepada pembacanya akan isi kandungan al-Quran akan diketengahkan. Sepanjang kajian ini dilakukan, penulis menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan bagi mendapatkan kitab tafsir tersebut dan buku-buku lain yang berkaitan dengan bahan kajian. Selain itu, kaedah lapangan turut digunakan seperti temubual bersama menantu dan mereka yang terlibat secara langsung dengan kajian untuk mendapatkan maklumat latar belakang tokoh dan dokumentasi berkaitan dengan tokoh. Hasil kajian ini mendapati Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi sememangnya seorang tokoh ilmuan dalam bidang tafsir setanding dengan mufassir-mufassir lain yang tersohor di Malaysia dan Nusantara manakala karya penulisannya adalah berautoriti untuk dijadikan salah sebuah bahan rujukan dalam bidang pengajian tafsir.

                Item Type: Thesis (Masters)
                Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                Uncontrolled Keywords: Muhammad Idris al-Marbawi--Tasir Quran Marbawi; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc.
                Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                Date Deposited: 11 Jun 2015 12:16
                Last Modified: 11 Jun 2015 12:16
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5181

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item