Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee

Md Rofiee, Abdul Hadi (2014) Analisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia / Abdul Hadi bin Md Rofiee. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1533Kb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini adalah kajian yang menganalisis perbezaan fatwa mengenai Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) di Malaysia. Kajian dibuat berasaskan kenyataan bahawa perbezaan fatwa ASB di Malaysia telah mencetuskan polemik yang luas. Polemik yang timbul bukan hanya berlegar dalam kalangan masyarakat awam, bahkan turut melibatkan golongan ilmuwan, pemain industri dan ahli politik. Situasi yang berlaku jika tidak diurus dengan baik akan memberi kesan yang tidak sihat kepada Islam dan ummah. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi meneliti hujah-hujah yang diguna pakai oleh pihak yang membolehkan ASB iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan yang tidak membolehkannya iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Kajian juga akan menyimpulkan pendekatan atau metodologi berfatwa yang diambil oleh kedua-dua pihak tersebut. Sepanjang kajian dijalankan, data dikumpul melalui buku, makalah yang autentik, jurnal dan dokumen yang banyak tertumpu di perpustakaan. Data juga dikumpul melalui laman sesawang dan perisian kitab. Selain itu, kaedah temu bual turut dijalankan bagi mendapatkan data yang lebih seimbang. Data yang terkumpul seterusnya dianalisis menggunakan empat kaedah terpilih iaitu pertama: induktif, kedua: membuat perbandingan, ketiga: mencari hubungan dan keempat: membuat rumusan. Hasil analisis yang dijalankan mendapati bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mempunyai sandaran hukum, pendekatan dan metodologi berfatwa yang tersendiri ketika menentukan fatwa mengenai ASB. Kajian menyimpulkan bahawa fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI mengenai ASB dibuat berasaskan fiqah maqasid (al-fiqh al-maqasidi). Sementara fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengenai ASB pula dibuat berasaskan fiqah shakli (al-fiqh al-shakli). Pendekatan berfatwa berasaskan fiqah maqasid ialah pendekatan yang melihat kepada objektif syariah di sebalik sesuatu hukum. Sementara pendekatan berfatwa berasaskan fiqah shakli pula ialah pendekatan yang bersifat formal, yang melihat kepada format dan bentuk sesuatu hukum. Kajian juga merumuskan bahawa perbezaan fatwa yang berlaku mesti diurus dengan baik supaya ia memberi kebaikan kepada umat Islam secara keseluruhan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Amanah Saham Bumiputera; Investments--Religious aspects--Islam; Investments--Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HJ Public Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 15 Jun 2015 18:33
    Last Modified: 15 Jun 2015 18:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5188

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item