Peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam melaksanakan dasar kewangan : analisis dari perspektif ekonomi Islam / Mohd Rizal bin Abdul Ghani

Abdul Ghani, Mohd Rizal (2010) Peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam melaksanakan dasar kewangan : analisis dari perspektif ekonomi Islam / Mohd Rizal bin Abdul Ghani. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1326Kb) | Preview

    Abstract

    Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan institusi yang diamanahkan untuk mengendalikan dasar kewangan di Malaysia. Dalam melaksanakan tanggugjawabnya ini, BNM memainkan sejumlah enam peranan utama. Ini termasuklah menggariskan matlamat utama dasar kewangan, membina rangka kerja dasar kewangan, mengenal pasti instrumen dasar kewangan yang sesuai, menganalisis keadaan ekonomi dan kewangan, mengawal kos dan saiz kredit serta mempengaruhi arah aliran kredit. Sehubungan itu, kajian ini membincangkan peranan-peranan tersebut dan menganalisisnya dari perspektif ekonomi Islam bagi melihat sejauh mana ia menepati kehendak ekonomi Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara umumnya peranan-peranan BNM dalam melaksanakan dasar kewangan adalah selaras dengan kehendak ekonomi Islam. Walau bagaimanapun, beberapa perincian berhubung cara BNM melaksanakan peranan kedua, ketiga dan kelima didapati bercanggah dengan prinsip ekonomi Islam kerana ia melibatkan penggunaan instrumen yang tidak mematuhi Syariah. Manakala peranan BNM yang pertama, keempat dan keenam dalam melaksanakan dasar kewangan pula didapati bertepatan sepenuhnya dengan kehendak sistem ekonomi Islam.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Bank Negara Malaysia; Financial institutions--Malaysia; Economics--Religious aspects--Islam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 11 Jun 2015 13:25
    Last Modified: 11 Jun 2015 13:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5208

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item