Pendidikan awal kanak-kanak menurut al-Qur'an : pelaksanaan di pusat pendidikan pra sekolah di Bandar Triang, Pahang / Hanifah binti Sazali

Sazali, Hanifah (2010) Pendidikan awal kanak-kanak menurut al-Qur'an : pelaksanaan di pusat pendidikan pra sekolah di Bandar Triang, Pahang / Hanifah binti Sazali. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (6Mb) | Preview

    Abstract

    Kepincangan masyarakat Melayu khasnya pada hari ini memerlukan satu perubahan dan penyelesaian yang kembali kepada dasar agama Islam iaitu al-Quran dan al-Hadith bermula dari pendidikan sejak awal kanak-kanak. Justeru, pada peringkat awal kajian, pendidikan awal kanak-kanak menurut al-Qur’an dikupas dari sudut aspek-aspek pendidikan dan kaedah-kaedah pendidikan dengan menggunakan metode perpustakaan. Kajian dilakukan dengan mencari, meneliti dan memilih beberapa ayat-ayat al-Qur’an yang bersesuaian untuk dijadikan asas pendidikan awal kanak-kanak. Kemudian ayat-ayat al-Qur’an tersebut dikupas dengan mengambil kira pendapat para mufassirin dan para ulama’. Pada peringkat kedua, kajian lapangan di lakukan di empat buah pusat pendidikan awal kanak-kanak di sekitar bandar Triang, Pahang bagi mengetahui sejauh mana pelaksanaan aspek-aspek dan kaedah-kaedah pendidikan menurut al-Qur’an diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian melibatkan kanak-kanak berjumlah 117 orang dan 5 orang guru, dilakukan dengan menggunakan borang skala sebagai parameter kajian. Pengkaji juga menemuramah lima orang guru yang terlibat secara langsung dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Data dianalisis dari sudut perbezaan pendidikan awal kanak-kanak menurut al-Qur’an dan realiti pelaksanaannya di pusat pendidikan awal kanak-kanak terpilih, serta perbezaan dan persamaan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan al-Qur’an di antara pusat pendidikan tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa keempat-empat pusat pendidikan awal kanak-kanak tersebut melaksanakan pendidikan awal kanak-kanak yang bersesuaian dengan asas-asas pendidikan yang terdapat dalam al-Qur’an dengan beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki dan dipelajari oleh para guru.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Early childhood education--Pahang; Education, Preschool--Pahang
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    L Education > L Education (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 Jul 2015 09:57
    Last Modified: 23 Jul 2015 09:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5211

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item