Hj. Mustaffa, Muhaidi (2010) Hafazan al-Quran dan hubungannya dengan kecemerlangan pelajar : kajian di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007 / Muhaidi Hj. Mustaffa. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian mengenai Hafazan al-Quran dan Hubungannya dengan Kecemerlangan Pelajar: Kajian di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan dari tahun 1997 hingga 2007 bertujuan untuk mengetahui metode pengajian di Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan (MTAQPC), ciri-ciri kecemerlangan yang dimiliki pelajar MTAQPC dan hubungkait antara hafazan al-Quran dengan kecemerlangan pelajar. Kecemerlangan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah. Kajian ini dijalankan dalam bentuk deskriptif kualitatif (manhaj dirasah wasfiyyah). Metode kajian ini merangkumi kajian kepustakaan, penyelidikan IT (teknologi maklumat) dan kajian lapangan yang melibatkan pengumpulan data menggunakan temubual dan observasi. Kajian mendapati terdapat hubungkait antara hafazan al-Quran dengan kecemerlangan pelajar dalam akademik dan sahsiah di MTAQPC. Dapatan ini dibuktikan berdasarkan peningkatan keputusan akademik pelajar daripada tahun 1997 hingga tahun 2007 terutamanya keputusan pada tahun 2003. Dapatan daripada temubual dengan guru-guru, bekas guru, pelajar dan bekas pelajar menunjukkan kecemerlangan sahsiah pelajar juga seiring dengan kecemerlangan dalam akademik berdasarkan tiadanya laporan bertulis menunjukkan berlakunya masalah disiplin yang berat dalam kalangan pelajar MTAQPC. Kajian juga mendapati kecemerlangan pelajar dalam akademik dan sahsiah ada hubungkait dengan metode pengajian yang dijalankan di MTAQPC dan ciri-ciri yang dimiliki oleh para pelajar MTAQPC sendiri. Hasil kajian menunjukkan program hafazan di MTAQPC telah berjaya melahirkan insan yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga sahsiah.
Actions (For repository staff only : Login required)