Mardiah, Siti (2008) Polisi sekuriti makanan di Indonesia dari perspektif Islam : kajian pada Perum Bulog / Siti Mardiah. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Sekuriti makanan berkait rapat dengan kestabilan ekonomi dan politik sebuah negara. Begitu juga di Indonesia, kewujudan BULOG telah memainkan peranan yang penting dalam sekuriti makanan di Indonesia. Kajian ini dilakukan dengan melihat polisi-polisi yang dilaksanakan oleh BULOG. Antara tugas BULOG ialah memastikan harga barang makanan adalah stabil, mengelola rizab makanan dan program beras murah untuk orang miskin. Kajian ini bertujuan untuk melihat konsep sekuriti makanan dalam Islam dan melihat keberkesanan polisi yang dijalankan BULOG dalam menangani isu sekuriti makanan di Indonesia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bersifat penerokaan dengan menggunakan metode perpustakaan dan temubual. Hasil kajian didapati bahwasanya sekuriti makanan adalah perkara asas dalam Islam. Islam memiliki konsep yang jelas dan teperinci mengenainya. Kewujudan satu institusi seperti BULOG dengan menjalankan polisi-polisi sekuriti makanan bertepatan dengan nilai-nilai ekonomi Islam.
Actions (For repository staff only : Login required)