Mustapa, Noor Hamiza (2010) Hukum-hukum berkaitan pesakit AIDS dalam urusan ibadat dan kekeluargaan / Noor Hamiza bt Mustapa. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini membincangkan mengenai hukum-hukum berkaitan pesakit AIDS dalam urusan ibadat dan kekeluargaan. Aspek ibadat yang dibincangkan merangkumi ibadat solat, puasa dan haji manakala terdapat lima aspek kekeluargaan yang disentuh dalam kajian ini meliputi perkahwinan, fasakh nikah, hubungan seks, kehamilan dan pengguguran anak serta penyusuan dan hadanah. Kajian ini berasaskan data dari pelbagai bahan primer dan sekunder termasuk al-Quran, al-Sunnah, kitab-kitab fiqh klasik, akta serta enakmen yang berkaitan, hasil-hasil kajian pakar perubatan dan sarjana Islam, disertasi, latihan ilmiah, jurnal, kertas kerja seminar, majalah dan suratkhabar. Selain itu, bagi mendapatkan maklumat dari sumber yang primer dan bersifat semasa, penulis telah menemubual beberapa pakar perubatan dan sarjana Islam dengan menggunakan kaedah-kaedah yang bersifat mikro termasuk mengadakan janji temu, menjalankan temubual secara terancang termasuk dari segi penyediaan soalan dan penggunaan kaedah tringulasi. Data-data yang dikumpul kemudian dianalisis menggunakan kaedah analisis hukum, kaedah komparatif, kaedah pensejarahan, kaedah induktif dan kaedah deduktif. Kajian ini mendapati bahawa hukum-hakam dalam Islam amat relevan dalam menangani pelbagai permasalahan berkaitan pesakit AIDS khususnya dalam aspek ibadat dan kekeluargaan.
Actions (For repository staff only : Login required)