Konflik di antara kaum muda dan kaum tua di Kelantan : rujukan kepada kitab Tazkiah al-anzar dan al-Qawl al-mufid / Md Ashih b Yaakub

Yaakub, Md Ashih (2010) Konflik di antara kaum muda dan kaum tua di Kelantan : rujukan kepada kitab Tazkiah al-anzar dan al-Qawl al-mufid / Md Ashih b Yaakub. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (24Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (236Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1207Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (568Kb) | Preview

          Abstract

          Kajian ini merupakan analisis beberapa persoalan fiqhiyyah yang telah diperdebatkan di antara Kaum Tua dan Kaum Muda di Kelantan berdasarkan Kitab Tazkiyat al-Anzar oleh Tengku Mahmud Zuhdi Bin Tengku Abdul Rahman al-Fatani dan al-Qawl al-Mufid oleh Hj. Mohammad Bin Idris al-Kalantani. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis persoalan- persoalan yang telah menjadi konflik di antara Kaum Tua dan Kaum Muda sejak zaman Mufti Hj. Wan Musa sehingga kini, di samping memperkenalkan dua buah kitab di atas. Bagi memperolehi data, metode dokumentasi digunakan dengan merujuk kepada buku, artikel dan jurnal berkaitan terutama kitab Tazkiyat al-Anzar dan al-Qawl al-Mufid. Begitu juga metode pemerhatian dan temu bual digunakan. Kemudian data-data yang diperolehi dianalisis secara perbandingan di antara pandangan-pandangan Kaum Tua dan Kaum Muda. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua- dua aliran ini mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam menyokong pendapat masing-masing. Ia juga menunjukkan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Kaum Muda itu berkembang dari masa ke masa dan ini menunjukkan bahawa pengaruh Kaum Muda semakin tersebar di Kelantan sejak tahun 1950an sehingga kini.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
          Uncontrolled Keywords: Islam--Kelantan; Islamic law
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 11 Jun 2015 15:13
          Last Modified: 11 Jun 2015 15:13
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5273

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item