Riwayat mengenai kelebihan bulan Hijri dalam Jam'u al-fawa'id wa jawahir al-qala'id oleh Syeikh Dawud al-Fatani : takhrij dan analisis / Mohd Aizul bin Yaakob

Yaakob, Mohd Aizul (2011) Riwayat mengenai kelebihan bulan Hijri dalam Jam'u al-fawa'id wa jawahir al-qala'id oleh Syeikh Dawud al-Fatani : takhrij dan analisis / Mohd Aizul bin Yaakob. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (31Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (162Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (106Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (4Mb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (268Kb) | Preview

            Abstract

            Kajian ini membicarakan mengenai Takhrij al-Hadith tumpuan terhadap riwayat-riwayat kelebihan bulan hijri dalam karya Jam’u al-Fawa’id wa Jawahir al-Qala’id oleh Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani. Skop kajian ini tertumpu kepada tiga fasal kelebihan bulan hijri iaitu kelebihan Dhulhijjah, ‘Asyura’ dan Laylah al-Qadr serta malam ‘Eid. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetengahkan secara langsung status riwayat ketiga-tiga fasal kelebihan bulan-bulan Hijri yang dimuatkan dalam karya ini. Maklumat dan hasil dapatan kajian diperoleh sepenuhnya melalui kajian perpustakaan dengan menggunakan metod kuantitatif. Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa pengarang banyak membawa riwayat yang mardud iaitu sebanyak 59%, berbanding riwayat yang maqbul iaitu sebanyak 9%. Keadaan ini disebabkan metodologi pemakaian hadithnya yang sedikit berbeza dengan metodologi ahl al-Hadith terutamanya dalam aspek al-Targhib wa al-Tarhib. Selebihnya merupakan riwayat-riwayat yang tidak diketahui statusnya dan tidak ditemui iaitu masing-masing sebanyak 3% dan 29%. Hasil kajian turut mendapati bahawa pengarang tidak mementingkan sandaran bagi sesebuah riwayat dalam fasal-fasal yang dikaji. Ditemui sebanyak 7 buah riwayat sahaja yang didatangkan sandaran daripada 73 buah riwayat, ataupun nisbah 1:10.

            Item Type: Thesis (Masters)
            Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
            Uncontrolled Keywords: Islamic calendar; Islamic devotional calendars
            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
            Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
            Date Deposited: 20 Jun 2015 11:32
            Last Modified: 20 Jun 2015 11:32
            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5296

            Actions (For repository staff only : Login required)

            View Item