Pengajian al-Qur'an dalam kalangan ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu / Rumiza binti Abdul Rahman

Abdul Rahman, Rumiza (2010) Pengajian al-Qur'an dalam kalangan ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS), di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu / Rumiza binti Abdul Rahman. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (705Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengetahui metode-metode pengajaran al-Qur’an yang telah digunakan dalam kelas pengajian al-Qur’an yang dianjurkan oleh Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman dan pengamalan al-Qur’an di kalangan ahli PERTIS seterusnya untuk melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan guru sepanjang mengikuti kelas pengajian ini. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dan kualitatif secara deskriptif. Kaedah kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan borang soal selidik di mana instrumen kajian adalah untuk melihat tahap pengetahuan, kefahaman dan pengamalan al-Qur’an. Bagi mengukuhkan dapatan kajian daripada borang soal selidik, kaedah kualitatif melalui temubual semi berstruktur digunakan untuk mendapat maklumat secara lebih mendalam. Kajian ini difokuskan kepada tiga tempat pengajian yang berasingan iaitu pengajian di Kompleks MAB, Brickfields, di sebuah rumah sewa di Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields dan di pejabat PERTIS Seberang Takir, Kuala Terengganu. Seramai 35 orang responden telah terlibat dalam kajian ini dan pengkaji telah melakukan temubual ke atas setiap responden dengan berpandukan borang soal selidik yang disediakan. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 12.0 dan melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan statistik inferens untuk menguji hipotesis kajian melalui ujian ANOVA sehala. Analisis data tersebut berjaya merungkai tiga masalah utama kajian iaitu kaedah yang digunakan oleh golongan cacat penglihatan dalam mempelajari kitab suci al-Qur’an, tahap pengetahuan dan kefahaman al-Qur’an Braille di kalangan ahli PERTIS di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dan sejauhmanakah tahap pengamalan al-Qur’an Braille di kalangan mereka.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia; al-Qur'an--Study and teaching--Terengganu; al-Qur'an--Study and teaching--Kuala Lumpur (W.P.)
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 13 Jun 2015 15:31
    Last Modified: 13 Jun 2015 15:31
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5303

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item