Kajian terhadap prestasi sistem operasi Baitul Mal Wat Tamwil Amanah di Kabupaten Bengkalis Propinsi Riau Indonesia / Saim bin Katmin

Katmin, Saim (2011) Kajian terhadap prestasi sistem operasi Baitul Mal Wat Tamwil Amanah di Kabupaten Bengkalis Propinsi Riau Indonesia / Saim bin Katmin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (939Kb) | Preview

    Abstract

    Baitul Mal Wat Tamwil di Kabupaten Bengkalis merupakan sebuah institusi yang baru ditubuhkan dan prestasinya belum lagi dinilai dimana-mana kajian sebelum ini. Oleh itu, kajian ini akan mengenengahkan penyelidikan mengenai Baitul Mal Wat Tamwil khusus di Daerah Kabupaten Bengkalis yang juga dikenali sebagai Baitul Mal Wat Tamwil Amanah (BMT Amanah). Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk, pertama, mengkaji perkembangan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah di Indonesia, kedua, menganalisis prestasi produk simpanan yang ditawarkan oleh Baitul Mal Wat Tamwil Amanah, ketiga, menganalisis prestasi produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Baitul Mal Wat Tamwil Amanah, keempat, menganalisis prestasi pendapatan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah, kelima, menganalisis masalah dan kelemahan yang wujud di Baitul Mal Wat Tamwil Amanah dan akhirnya, mengemukakan cadangan penyelesaian terhadap masalah yang timbul di Baitul Mal Wat Tamwil Amanah. Kayu ukur untuk melihat prestasi sistem pengurusan di Baitul Mal Wat Tamwil Amanah ialah dengan melihat kepada prestasi, pertama, jumlah pelanggan dan kedua, jumlah saham, serta ketiga, prestasi pendapatan kasar dan keempat, pendapatan bersih yang diperolehi oleh Baitul Mal Wat Tamwil Amanah. Penyelidikan ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pendekatan penyelidikan kes. Teknik yang digunakan dalam mengumpulkan data ialah melalui observasi, wawancara dan dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa prestasi produk simpanan, pembiayaan dan prestasi pendapatan kasar serta pendapatan bersih di Baitul Mal Wat Tamwil Amanah kurang memuaskan kerana jumlah pelanggan yang menggunakan produk simpanan dan pembiayaan sangat sedikit berbanding jumlah penduduk Kabupaten Bengkalis. Kajian ini mencadangkan sistem operasional yang lebih baik dan penyelesaian terhadap kelemahan yang dihadapi oleh Baitul Mal Wat Tamwil Amanah di Kabupaten Bengkalis Riau Indonesia. Dari segi pelaksanaan, antara cara penyelesaian masalah dan kelemahan BMT Amanah ialah dengan melaksanakan beberapa cadangan iaitu; melaksanakan sistem organisasi dan mempromosikan Baitul Mal Wat Tamwil Amanah, petugas BMT Amanah perlulah senantiasa berada ditempat kerja pada waktu kerja, memberi amaran kepada anggota yang tidak membayar pinjaman, serta menambah jenis produk simpanan dan pembiayaan. Baitul Mal Wat Tamwil Amanah juga harus mengadakan latihan pengurusan zakat. Diharapkan cadangan yang telah disusun ini dapat mengurangkan kelemahan dan masalah di Baitul Mal Wat Tamwil Amanah khusus di Kabupaten Bengkalis Propinsi Riau, Indonesia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Banks and banking--Religious aspects--Islam; Banks and banking--Indonesia; Islam--Economic aspects
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 11 Jun 2015 14:21
    Last Modified: 11 Jun 2015 14:21
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5308

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item