Falsafah pendidikan menurut Ibn Khaldun dan John Dewey : kajian perbandingan / Abd Munir bin Mohamed Noh

Mohamed Noh, Abd Munir (2010) Falsafah pendidikan menurut Ibn Khaldun dan John Dewey : kajian perbandingan / Abd Munir bin Mohamed Noh. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (25Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (249Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (656Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (184Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (284Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (228Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (158Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (175Kb) | Preview

                  Abstract

                  Disertasi yang bertajuk Falsafah Pendidikan Menurut Ibn Khaldūn dan John Dewey : Kajian Perbandingan difokuskan kepada konsep, matlamat dan kaedah-kaedah pendidikan yang telah digunakan oleh mereka dalam usaha untuk memacu dan melangsungkan aktiviti pendidikan menurut perspektif dan pemikiran masing-masing. Ia menghalusi pemikiran pendidikan kedua tokoh ini dalam lapangan pendidikan dan melihat sejauh mana persamaan dan perbezaan antara pemikiran pendidikan oleh Ibn Khaldūn yang mewakili dunia Islam dan John Dewey yang mewakili dunia Barat. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi untuk mengumpulkan data manakala metode induktif, metode deduktif dan komperatif digunakan untuk menganalisis data. Secara keseluruhannya, disertasi ini mengandungi lima bab utama yang didahului dengan bab pendahuluan. Bab kedua menjelaskan tentang biodata kedua tokoh serta beberapa aspek pemikiran mereka dalam pelbagai bidang. Bab ketiga pula menghuraikan pemikiran pendidikan Ibn Khaldūn yang menjurus kepada konsep, matlamat, kaedah pendidikan serta beberapa aspek yang berkaitan pendidikan. Manakala bab yang keempat pula membahaskan mengenai pemikiran pendidikan John Dewey dari aspek yang sama. Kajian ini diakhiri dengan bab kelima iaitu analisis dan perbandingan terhadap pemikiran pendidikan kedua-dua tokoh. Hasil kajian ini mendapati bahawa falsafah dan pemikiran pendidikan yang dibawa oleh Ibn Khaldūn adalah falsafah yang selaras dengan aliran pemikiran pendidikan Islam. Ia didasari dengan dalil-dalil yang didatangkan daripada Al-Qurān dan al-Hadīth Nabi s.a.w. Ibn Khaldūn melihat pendidikan bukan hanya sekadar proses memberi dan menerima ilmu bahkan ia mencakupi seluruh perkembangan manusia sama ada rohani dan jasmani bagi tujuan melahirkan individu yang beriman dan bertakwa kepada Allah seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Manakala pemikiran pendidikan Dewey pula adalah berdasarkan kepada falsafah pragmatisme yang menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu dan pemikiran. Dewey berpendapat bahawa pendidikan merupakan proses kelangsungan hidup secara sosial; sentiasa berubah dan berkembang mengikut peredaran zaman yang bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan berguna kepada masyarakat. Melalui pendemokrasian pendidikan yang diperkenalkan oleh Dewey, setiap manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan dan agama mestilah dibekalkan dengan pengalaman yang secukupnya untuk melangsungkan kehidupan di dunia ini.

                  Item Type: Thesis (Masters)
                  Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                  Uncontrolled Keywords: Ibn Khaldun, 1332-1406--Views on education; Dewey, John, 1859-1952--Views on education; Education--Philosophy
                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                  L Education > L Education (General)
                  Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                  Date Deposited: 12 Aug 2015 15:51
                  Last Modified: 12 Aug 2015 15:51
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5315

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item