Analisis aplikasi murabahah di Pegadaian Syariah Dewi Sartika, Jakarta, Indonesia / Didik Jatmiko

Jatmiko, Didik (2013) Analisis aplikasi murabahah di Pegadaian Syariah Dewi Sartika, Jakarta, Indonesia / Didik Jatmiko. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (33Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (228Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (369Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (550Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (347Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (627Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (115Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (314Kb) | Preview

                  Abstract

                  Pada masa sekarang, ramai masyarakat berminat terhadap pemilikan emas untuk dijadikan alat pelaburan. Maka itu, institusi Pegadaian Syariah Dewi Sartika Jakarta mengadakan suatu produk penjualan emas dengan menggunakan akad murÉbaÍah yang mana pelunasannya dilakukan secara ansuran. Produk tersebut dikenali dengan MULIA (Murabahah Emas Logam Mulia Investasi Abadi). Perbincangan saat ini adalah bagaimana hukum emas yang dibeli secara tidak tunai, manakala menurut hadith Nabi saw emas tergolong kepada barang ribawi. Oleh sebab itu, Penulis mengadakan kajian tentang aplikasi murÉbaÍah di Pegadaian Syariah Dewi Sartika Jakarta. Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan tiga objektif, iaitu; mengkaji akad murÉbaÍah dalam transaksi emas menurut fiqh muamalah, menjelaskan praktik murÉbaÍah emas di Pegadaian Syariah Dewi Sartika serta menganalisis sama ada praktik tersebut selaras dengan prinsip syariah. Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah pengumpulan data dengan cara observasi, temubual dan data pustaka yang kemudian dianalisis menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Setelah dilakukan kajian maka didapati bahawa murÉbaÍah merupakan salah satu akad jual beli yang diharuskan menurut syarak selama syarat dan rukunnya terpenuhi. Manakala MurÉbaÍah emas yang dilaksanakan di Pegadaian Syariah Dewi Sartika belum sepenuhnya sesuai dengan prinsip-prinsip Syariah kerana ianya masih mengandungi unsur riba. Margin yang ditentukan dalam akad murÉbaÍah tersebut mengikut kepada pendapat Imam Maliki, iaitu mengira margin dengan bersandar kepada kos pembuatan objek sahaja. Adapun fatwa DSN-MUI yang membolehkan jual beli emas secara tidak tunai, maka ianya hanya munasabah untuk jual beli emas perhiasan sahaja.

                  Item Type: Thesis (Masters)
                  Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013.
                  Uncontrolled Keywords: Pegadaian Syariah Dewi Sartika (Jakarta, Indonesia); Murabahah; Mortgages (Islamic law)--Indonesia--Jakarta
                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                  Divisions: Academy of Islamic Studies
                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                  Date Deposited: 23 May 2015 11:22
                  Last Modified: 23 May 2015 11:22
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5320

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item