Analisis Hadith al-Rahn dalam al-Kutub al-Sittah / Azmi Al'Alwi bin Mohamad @ Satar

Mohamad, Azmi Al'Alwi (2013) Analisis Hadith al-Rahn dalam al-Kutub al-Sittah / Azmi Al'Alwi bin Mohamad @ Satar. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (80Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (356Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1384Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini menganalisis hadith-hadith al-Rahn sama ada dari aspek jumlah bilangan, kualiti dan darjah kedudukannya di dalam al-Kutub al-Sittah. Data dan maklumat tersebut diperolehi melalui beberapa metode iaitu metode pengumpulan data dan metode analisa data. Setelah dilakukan saringan dan analisa takhrij, sebanyak 31 teks hadith al-Rahn telah ditemui di dalam al-Kutub al-Sittah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 teks hadith terdapat di dalam Sahih Bukhari, 3 teks di dalam Sahih Muslim, 6 teks di dalam kitab Sunan Ibn Majah, 4 buah teks di dalam Sunan Nasaie, 3 buah teks di dalam Sunan Tirmidhi dan 1 buah teks hadith di dalam Sunan Abi Dawud. Dari aspek kualiti hadith, secara kesimpulannya sebanyak 87.1 % hadith yang ditemui merupakan hadith Sahih, 9.7 % hadith Hasan Sahih dan 3.2 % daripada keseluruhan hadith adalah daif. Kajian yang dijalankan ini mengandungi enam bab yang mana bab pertama dimulakan dengan definisi, dalil-dalil al-Quran berkenaan dengan al-Rahn serta diselitkan dengan Maqasid Shari’ah al-Rahn dalam muamalah. Bab kedua lebih tertumpu kepada takhrij hadith al-Rahn dari sudut kualiti hadith. Bab ketiga menganalisis hadith al-Rahn dari kaca mata fiqh muamalah. Sementara dalam bab empat menjurus kepada pelaksanaan al-Rahn di Malaysia melalui agensi-agensi tertentu seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT), Bank Rakyat dan Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dalam beberapa sudut yang diharuskan oleh syarak. Di dalam bab lima dinyatakan isu-isu berkaitan dengan pelaksanaan al-Rahn serta cadangan –cadangan yang dapat dikemukakan untuk menarik minat masyarakat terhadap skim al-Rahn. Bab yang terakhir iaitu bab enam merupakan rumusan dan penutup hasil dari kajian yang telah dijalankan.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Pawnbroking--Religious aspects--Islam; Hadith--Criticism, interpretation, etc.; Hadith--Authorities
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 26 Jun 2015 12:03
        Last Modified: 26 Jun 2015 12:03
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5328

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item