Abdul Kadir, Nor Adina (2010) Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak : sejarah dan sumbangannya terhadap pendidikan Islam dari tahun 1985-1999 / Nor Adina binti Abdul Kadir. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Full Text) Download (1125Kb) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejarah dan sumbangan Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar Perak di dalam pendidikan Islam dari tahun 1985-1999. Kajian ini dibuat adalah untuk menjawab beberapa permasalahan dengan mengkaji dan menganalisis serta menemukan rumusan yang meliputi tiga bahagian utama, pertama; bagaimana sejarah perkembangan Madrasah Idrisiah, kedua; bagaimana bentuk dan jenis pengajian di Madrasah Idrisiah sebelum dan selepas merdeka, ketiga; siapakah tokoh pemulihan dan sumbangan yang dilakukannya dalam perkembangan pendidikan Islam di Madrasah Idrisiah dari tahun 1985-1999. Pada dasarnya, data-data dalam penyelidikan ini diperoleh dengan menggunakan metode perpustakaan dan dokumentasi. Bagi melengkapi metode di atas, kajian ini turut menggunakan metode temubual khususnya berhubung sejarah Madrasah Idrisiah dan sumbangan tokoh terhadap pendidikan Islam. Hasil kajian ini dapat dipaparkan secara ringkas sebagaimana berikut; Pertama, Madrasah Idrisiah dengan rasminya ditubuhkan pada tahun 1922 dan mengalami empat peringkat perkembangan iaitu peringkat kebangkitan (1917-1927), peringkat kegemilangan (1928-1969), peringkat malap (1970-1984) dan peringkat pemulihan (1985-1999). Kedua, bentuk pengajian Madrasah Idrisiah sebelum merdeka adalah lebih kepada bidang agama dan selepas merdeka menggunakan sistem kurikulum seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Ketiga, tokoh penting yang dijadikan sampel kajian penulisan ini ialah Ustaz Musa bin Zainuddin (1985-1999) selaku pelopor pembaharuan dan pelbagai sumbangan yang dilakukannya dalam bidang Pendidikan Islam di Madrasah Idrisiah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010. |
Uncontrolled Keywords: | Madrasah Idrisiah (Kuala Kangsar, Perak)--History; Islamic religious education--Perak--Kuala Kangsar; Islamic education--Perak--Kuala Kangsar |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc D History General and Old World > DS Asia |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 23 May 2015 11:56 |
Last Modified: | 23 May 2015 11:56 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5332 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |