Ahmad Hilmi, Ahmad Bazli (2014) Terjemahan makna Ayat Kawniyyat dalam terjemahan Al-Qur'an bahasa Melayu : analisis berdasarkan Tafsir 'Ilmi / Ahmad Bazli bin Ahmad Hilmi. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Beberapa permasalahan yang terdapat dalam penterjemahan makna al-Qur’an menyebabkan sesuatu perkataan atau ayat al-Qur’an tidak diterjemahkan dengan betul. Faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan tersebut ialah terbatasnya kemahiran dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Qur’an. Kajian bertujuan menyemak kembali terjemahan makna ayat kawniyyat yang terdapat dalam terjemahan al- Qur’an Bahasa Melayu sedia ada yang memfokuskan lima aspek penciptaan; haiwan, tumbuhan, manusia, bumi dan langit. Metodologi yang digunakan adalah penyelidikan perpustakaan. Kajian dijalankan dengan menganalisis terjemahan makna ayat kawniyyat berdasarkan tafsir ‘ilmi, tafsir yang berorientasikan sains dalam usaha menyerasikan antara keduanya. Hasil kajian mendapati beberapa penambahbaikan diterapkan kepada terjemahan makna sedia ada; penetapan jantina feminin bagi kalimah نملة ,النحل dan العنكبوت dan penentuan bilangan jamak bagi kalimah النحل dalam penciptaan haiwan; penamaan semula terjemahan makna kalimah رطبا dalam penciptaan tumbuhan; penjenamaan semula terjemahan makna kalimah مضغة dan علقة dalam penciptaan manusia; perluasan terjemahan makna kalimah أدنى الأرض dan penghuraian ringkas bagi kalimah قطع متجاورات dalam penciptaan bumi; dan pengkhususan terjemahan makna yang umum bagi kalimah المزن dan penggunaan terjemahan makna asal bagi kalimah یسبحون tanpa takwil bagi penciptaan langit.
Actions (For repository staff only : Login required)