Pelaksanaan kawalan penjualan arak di negeri Kelantan : kajian dari aspek metode dakwah kepada orang bukan Islam / Nik Suhaida binti Nik Abdul Majid

Nik Abdul Majid, Nik Suhaida (2014) Pelaksanaan kawalan penjualan arak di negeri Kelantan : kajian dari aspek metode dakwah kepada orang bukan Islam / Nik Suhaida binti Nik Abdul Majid. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (31Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (420Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1457Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (2189Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (253Kb) | Preview

            Abstract

            Arak merupakan antara bahan terkawal di bawah peruntukan Kastam Diraja Malaysia. Maka sebarang undang-undang berkaitan arak adalah di bawah landasan kawalan. Islam secara jelas mengharamkan segala aktiviti berkaitan arak. Hakikatnya arak bukanlah isu agama sahaja tetapi ianya melibatkan isu keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan sosial. Maka dengan sebab itu wujudnya pelaksanaan kawalan penjualan arak khususnya di Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk. Melihat dari sudut pandang ilmu dakwah, isu kawalan penjualan arak ini memperlihatkan suatu pelaksanaan metode dakwah kepada orang bukan Islam. Justeru, kajian ini membuat analisis terhadap metode dakwah kepada orang bukan Islam melalui pelaksanaan kawalan penjualan arak yang mengambil Negeri Kelantan sebagai subjek utama kajian. Pemilihan Negeri Kelantan adalah berdasarkan dasar Islam yang diperkenalkan iaitu ‘Membangun Bersama Islam’ dan juga merupakan negeri yang mengawal penjualan arak secara lebih serius melalui kaedah yang diperkenalkan. Data diperolehi melalui kaedah kualitatif menerusi temubual dan dokumentasi. Pengkaji dapat merumuskan bahawa Negeri Kelantan telah melaksanakan metode dakwah kepada orang bukan Islam dalam pelaksanaan kawalan penjualan arak tersebut. Metode utama yang dikenalpasti adalah menggunakan medium undang-undang yang berpaksikan kepada prinsip dakwah mencegah kemungkaran.

            Item Type: Thesis (Masters)
            Additional Information: Disertasi (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
            Uncontrolled Keywords: Alcoholism--Religious aspects--Islam; Da'wah (Islam)--Methodology
            Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
            Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
            Date Deposited: 29 Jul 2015 17:19
            Last Modified: 29 Jul 2015 17:19
            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5347

            Actions (For repository staff only : Login required)

            View Item