Arianto, Toni (2011) Pengurusan program dakwah di Integrated Islamic School Kota Damansara Selangor / Toni Arianto. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Dakwah melalui jalur pendidikan adalah salah satu alternatif terbaik dalam menyampaikan mesej dakwah kepada sasaran. Hal itu dikeranakan wujudnya tiga faktor utama dalam menyokong kejayaan sesebuah gerakan dakwah. Pertama adanya murabbī atau pendidik dan pengajar yang terus menerus memantau perkembangan dan kemajuan sasaran dakwah. Kedua adanya manhaj rabbānī atau sistem ketuhanan yang akan mengawal setiap tingkah laku dan tindakan sasaran berdasarkan kepada nilai-nilai agama dan ketuhanan. Dan yang terakhir adalah bīah sālihah atau persekitaran yang kondusif untuk pembentukan karakter sasaran. Disertasi yang bertajuk Pengurusan Program Dakwah di Integrated Islamic School Kota Damansara Selangor ini mempunyai objektif untuk mengenal pasti program-program dakwah di Integrated Islamic School Kota Damansara Selangor, mengenal pasti amalan pengurusan program dakwah di Integrated Islamic School Kota Damansara dan mengetahui perubahan positif dalam diri pelajar, guru dan staf setelah mengikuti program dakwah yang dijalankan di Integrated Islamic School Kota Damansara, Selangor. Kajian ini melibatkan responden seramai 100 responden yang terdiri dari pelajar, guru dan staf. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Kajian ini mendapati bahawa pengurusan program dakwah di IISKD telah dijalankan oleh bahagian tarbiyah menurut teori dan konsep pengurusan. Majoriti aktiviti dakwah dijalankan di dalam sekolah, dan mereka yang terlibat langsung dan menjadi sasaran dalam aktiviti dakwah ini ialah para pelajar disamping juga melibatkan guru-guru dan staf. Masalah utama dalam pengurusan dan pelaksanaan program dakwah di IISKD ialah kurangnya koordinasi dan komunikasi antara guru-guru pelaksana program.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M. Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011 |
Uncontrolled Keywords: | Da'wah (Islam); Islam--Missions--Selangor |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc L Education > L Education (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 12 Aug 2015 16:34 |
Last Modified: | 12 Aug 2015 16:34 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5349 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |