Keterlibatan remaja dalam lumba haram di Daerah Larut dan Matang, Perak : kajian daripada perspektif pembangunan insan / Mohd Afif bin Yahya

Yahya, Mohd Afif (2011) Keterlibatan remaja dalam lumba haram di Daerah Larut dan Matang, Perak : kajian daripada perspektif pembangunan insan / Mohd Afif bin Yahya. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1379Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertajuk Keterlibatan Remaja Dalam Lumba Haram di Daerah Larut dan Matang, Perak: Kajian daripada Perspektif Pembangunan Insan. Antara aspek yang dikaji di dalam kajian ini ialah teori perubahan sikap negatif remaja dari perspektif pembangunan insan. Kaitan pelumba haram di Daerah Larut dan Matang, Perak dengan aktiviti jenayah dan faktor-faktor remaja terlibat di dalam aktiviti perlumbaan haram ini menjadi fokus kajian. Seramai 42 orang remaja telah dijadikan sampel kajian, disamping beberapa orang informan utama telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Melihat dari sudut kecenderungan remaja terlibat dalam aktiviti sosial ianya dikesan mempunyai dua daya tolak. Pertama; faktor dalaman, ianya dikaitkan dengan kekurangan iman, kurang aktiviti sosial dan pengisian anasir yang bertentangan dengan syariat. Kedua ialah faktor luaran, ianya dikaitkan dengan ibu bapa yang sibuk, kawan negatif, paparan negatif daripada media massa. Perkara ini menolak remaja sehingga terlibat dalam aktiviti negatif. Kajian ini juga mendapati adanya kaitan antara remaja lumba haram dengan aktiviti jenayah yang lain. Penglibatan remaja lumba haram dikaitkan dengan aktiviti jenayah di dapati berada di tahap sederhana, namun realitinya ia semakin bergerak laju ke arah yang lebih membimbangkan. Berdasarkan pemerhatian dan temubual, mendapati jenayah yang dilakukan bermusim seperti malam perayaan, sambutan hari kemerdekaan dan sambutan tahun baru. Dari sudut punca remaja terlibat di dalam aktiviti perlumbaan haram di Daerah Larut dan Matang, Perak mendapati bahawa didikan di sekolah lebih menekankan aspek sudut pengetahuan dan pencapaian akademik berbanding soal didikan. Ibu bapa pula kurang menekankan aspek keagamaan di dalam rumah, malah media massa turut menggalakkan remaja jauh dari agama dan kawan sebagai faktor pendorong remaja bertingkahlaku negatif. Keempat-empat faktor ini merupakan faktor pendorong remaja terlibat di dalam aktiviti perlumbaan haram di daerah Larut dan Matang, Perak.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M. Usuluddin) -- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Teenagers--Social life and customs; Teenagers--Conduct of life; Social problems--Perak
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 20 Jun 2015 12:34
    Last Modified: 20 Jun 2015 12:34
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5357

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item