Keberkesanan kurikulum pendidikan Islam dalam pembentukan sahsiah Muslim : kajian terhadap pelajar di Politeknik Pantai Timur / Lukman Hakimi bin Ahmad

Ahmad, Lukman Hakimi (2014) Keberkesanan kurikulum pendidikan Islam dalam pembentukan sahsiah Muslim : kajian terhadap pelajar di Politeknik Pantai Timur / Lukman Hakimi bin Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (356Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (2039Kb) | Preview

      Abstract

      Pendidikan Islam adalah sendi asas bagi semua cabang pendidikan. Matlamatnya adalah untuk mendidik manusia sehingga mengenal Allah s.w.t dan beribadat kepadaNya samada melalui pengakuan, pengucapan mahupun perbuatan. Justeru itu, tajuk kajian ini adalah Keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Sahsiah Muslim: Kajian Terhadap Pelajar Di Politeknik Pantai Timur. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji Kurikulum Pendidikan Islam dalam membentuk pelajar yang bersahsiah Muslim, mengenalpasti tahap penghayatan pelajar terhadap sahsiah muslim setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam dan mengkaji keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam dalam membentuk pelajar yang bersahsiah Muslim. Kajian ini dijalankan di enam buah Politeknik Pantai Timur.Penyelidikan ini adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Bagi kaedah kuantitatif, penulis telah menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada 412 orang pelajar dan 28 orang pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Pantai Timur. Manakala bagi kaedah kualitatif pula, penulis telah menemubual Ketua Unit Pendidikan Islam di Politeknik Pantai Timur bagi mengetahui tentang Program Bina Sahsiah yang telah dijalankan. Jawapan bagi temu bual ini, dianalisis secara analisis kandungan. Penulis juga menggunakan metode dokumentasi dengan menggunakan data sekunder yang diperolehi daripada buku, jurnal, disertasi, majalah, artikel dan pelbagai lagi. Ia dianalisis dengan menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Sementara itu,data yang diperolehi daripada borang soal selidik, dianalisis dengan mengambil kira min, sisihan piawai, peratus dan kekerapan. Setelah dianalisis, dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa topik-topik yang terkandung di dalam Kurikulum Pendidikan Islam adalah berkaitan dalam membentuk sahsiah Muslim pelajar dengan nilai minnya adalah 4.51 iaitu berada pada tahap yang amat baik. Ia juga di sokong oleh 399 orang atau 96.9% responden. Selain itu, para pelajar di Politeknik Pantai Timur juga mengamalkan sahsiah Muslim di dalam kehidupan mereka dengan nilai minnya adalah 4.27 iaitu berada pada tahap yang baik. Sementara itu, seramai 373 orang atau 90.4% responden yang memberikan jawapan yang positif. Kurikulum Pendidikan Islam juga sebenarnya berkesan dalam membentuk pelajar yang bersahsiah Muslim. Penyataan ini disokong oleh 307 orang atau 94.0% responden. Manakala nilai minnya ialah 4.43 iaitu berada pada tahap yang baik. Selain itu juga, terdapat juga faktor-faktor yang membantu para pelajar dalam membentuk sahsiah Muslim mereka. Dapatan kajian daripada para pensyarah juga membuktikan perkara yang sama. Manakala itu, hasil daripada temubual bersama Ketua Unit Pendidikan Islam, ia menunjukkan bahawa pihak Politeknik telah mengadakan pelbagai program yang membantu untuk menanamkan sahsiah Muslim dalam kalangan pelajar mereka. Kesimpulannya, penulis merumuskan bahawa Kurikulum Pendidikan Islam ini adalah berkesan dalam pembentukan sahsiah muslim pelajar. Walau bagaimanapun, penulis telah mengemukakan beberapa cadangan yang dirasakan sesuai untuk penambahbaikan seperti membuat semakan semula Kurikulum Pendidikan Islam supaya ianya selaras dengan kehendak semasa, memperkasakan Pusat Islam (masjid) Politeknik, membudayakan al-Quran dalam kehidupan pelajar dan pelbagai lagi. Akhir sekali, penulis berharap, kajian ini akan menjadi satu petanda aras bagi membaiki kelemahan-kelemahan yang ada supaya produk yang keluar daripada Politeknik nanti mampu mendepani cabaran semasa dan menjadi modal insan yang kompeten bukan sahaja dari segi ilmu tetapi juga amalannya.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
      Uncontrolled Keywords: Islamic religious education--Study and teaching (Higher)--Malaysia; Islamic religious education--Outlines, syllabi, etc; Students--Conduct of life; Students--Attitudes
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      L Education > L Education (General)
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 09 Jun 2015 11:30
      Last Modified: 09 Jun 2015 11:30
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5366

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item