Amalan pemberian mahar dan hantaran dalam kalangan masyarakat Islam di Daerah Pulau Bangka, Indonesia / Yudi Safitrah

Safitrah, Yudi (2012) Amalan pemberian mahar dan hantaran dalam kalangan masyarakat Islam di Daerah Pulau Bangka, Indonesia / Yudi Safitrah. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (336Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (326Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (849Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (489Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (101Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF (Full Text)
            Download (208Kb) | Preview

              Abstract

              Amalan pemberian mahar dan hantaran sentiasa berhubung kait dengan budaya adat istiadat perkahwinan di sesuatu tempat. Daerah Pulau Bangka merupakan sebuah negeri terbaharu di Indonesia. Penduduknya yang berasal dari pelbagai daerah di Indonesia turut menyokong amalan pemberian mahar dan hantaran yang berbeza-beza. Selain itu, ketiadaan pedoman tertentu dalam pemberian mahar yang dituntut oleh Islam turut mempengaruhi amalan tersebut. Kajian ini cuba melihat dan menganalisis amalan mahar dan hantaran dalam kalangan masyarakat Islam daerah Pulau Bangka serta mengenal pasti apakah faktor-faktor yang mempengaruhi amalan tersebut. Selain kajian perpustakaan, analisis juga dilakukan berdasarkan maklumat daripada temu bual secara mendalam yang dilakukan terhadap penduduk Islam daerah Pulau Bangka bagi menjelaskan amalan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Kajian ini mendapati bahawa masyarakat mempunyai pelbagai jenis amalan dalam pemberian mahar dan hantaran. Beberapa faktor turut diambil kira dalam penentuan kadar mahar dan hantaran seperti adat istiadat, faktor ekonomi dan nilai emas semasa. Kajian ini mendapati bahawa faktor ekonomi lebih banyak mempengaruhi penentuan kadar mahar dan hantaran berbanding faktor-faktor yang lain. Kajian ini mencadangkan supaya pihak-pihak tertentu yang berpengaruh dan berkuasa memberikan pendedahan tentang asas-asas perkahwinan terutamanya dalam masalahan mahar dan hantaran yang banyak diamalkan dalam kalangan masyarakat Islam di daerah Pulau Bangka. Di samping itu, setiap individu daripada pelbagai lapisan masyarakat juga perlu meningkatkan kesedaran terhadap Islam supaya adat istiadat yang tidak bersesuaian dengan syariat Islam dapat diketepikan.

              Item Type: Thesis (Masters)
              Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
              Uncontrolled Keywords: Dowry (Islamic law)--Indonesia--Pulau Bangka; Islamic marriage customs and rites--Indonesia--Pulau Bangka; Marriage--Religious aspects--Islam; Marriage (Islamic law)--Indonesia--Pulau Bangka
              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
              Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
              Date Deposited: 13 Jun 2015 14:27
              Last Modified: 13 Jun 2015 14:27
              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5379

              Actions (For repository staff only : Login required)

              View Item