Penguasaan gaya bahasa sapaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama bidang kajian : linguistik / Aan Muhammady

Muhammady, Aan (2014) Penguasaan gaya bahasa sapaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama bidang kajian : linguistik / Aan Muhammady. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kategori gaya bahasa sapaan bahasa Arab yang terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Nurul Huda (SMANH), menganalisis penguasaan gaya bahasa sapaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah menengah Agama, mengkaji faktor-faktor kelemahan pelajar tentang penguasaan gaya bahasa sapaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar SMANH. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lapan kategori gaya bahasa sapaan bahasa Arab yang terdapat di dalam buku al-‘arabiyyatu baina yadaik, buku ta‘li:mu al-lughaṯ al- ‘arabiyyaṯ fasl (XI) dan dalam buku nota tambahan para pelajar. Lapan kategori tersebut terdiri atas empat kategori sapaan umum dan empat kategori sapaan bertujuan. Semua kategori di atas mencakupi sembilan belas jenis ungkapan-ungkapan gaya bahasa sapaan bahasa Arab. Secara amnya, pelajar-pelajar SMANH Palembang belum menguasai dengan baik gaya bahasa sapaan bahasa Arab yang terdapat di kalangan sekolah tersebut. Dari data dan analisis data soal selidik di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa pelajar-pelajar senang dalam mempelajari gaya bahasa sapaan bahasa Arab. Tetapi, mereka juga menghadapi pelbagai persoalan yang menghalangi para pelajar dalam menguasai gaya bahasa sapaan tersebut secara maksimum. Kemudian, pengkaji mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor kelemahan yang wujud di kalangan pelajar SMANH. Sebahagian besar faktor kelemahan berasal daripada faktor eksternal (luaran) pelajar, seperti kekurangan model gaya bahasa sapaan, dan faktor internal (dalaman) seperti kesan dari bahasa asal mereka (bahasa indonesia) yang mempunyai jenis gaya bahasa sapaan yang berbeza dengan bahasa Arab. Sedangkan, masalah-masalah yang terdapat dalam kajian ini ialah kurangnya penguasaan pelajar terhadap gaya bahasa sapaan bahasa Arab sebagai satu perkara yang amat penting di dalam memulai dan mengakhiri suatu komunikasi, kurangnya penggunaan gaya bahasa sapaan yang pelbagai dalam berkomunikasi, kurangnya keupayaan pelajar dalam memahami konteks penggunaan gaya bahasa sapaan. Metodologi yang digunakan ialah metologi campuran (mix method), kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian ini amat berguna bagi para pengajar dan pemerhati bahasa Arab untuk penambahbaikan penguasaan pelajar terhadap elemen-elemen penting dalam komunikasi bahasa Arab, khasnya berhubungan dengan gaya bahasa sapaan. Kata Kunci: linguistik terapan, gaya bahasa sapaan bahasa Arab, pelajar sekolah menengah agama.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Gaya bahasa sapaan; Bahasa Arab; Pelajar sekolah menengah agama; Linguistik
    Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 28 Jul 2015 11:09
    Last Modified: 28 Jul 2015 11:09
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5401

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item