Laras bahasa brosur pelancongan dalam Bahasa Arab di Malaysia / Ab Halim bin Ahmad

Ahmad, Ab Halim (2014) Laras bahasa brosur pelancongan dalam Bahasa Arab di Malaysia / Ab Halim bin Ahmad. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (68Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian deskriptif ini tentang laras bahasa pelancongan yang dikaji di dalam brosur pelancongan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kajian laras bahasa merupakan kajian berpaksikan penggunaan bahasa berdasarkan bidang seperti bidang ekonomi, perundangan, politik, sukan dan sebagainya. Kajian laras bahasa banyak memberi tumpuan kepada aspek penggunaan istilah berbanding aspek-aspek lain seperti aspek gaya dalam sesebuah teks. Kajian ini juga telah membuat tinjauan definisi laras bahasa berpandukan ahli-ahli bahasa Arab, tempatan dan juga barat. Walaupun kajian aspek laras bahasa lebih didominasi oleh pengkaji-pengkaji daripada barat, ulamak-ulamak bahasa Arab juga menyentuh aspek laras bahasa dalam pengkajian mereka terhadap aspek gaya bahasa. Di samping itu juga, kajian ini telah meneliti perbezaan laras, gaya dan dialek menurut para linguis Arab, tempatan dan barat. Ketiga-tiga elemen bahasa ini dilihat mempunyai persamaan secara umum, namun setelah ditinjau secara lebih teliti, terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga komponen bahasa tersebut. Teks pelancongan akan dipindahkan ke dalam program WordSmith untuk melihat kadar kekerapan perkataan yang ada kaitan dengan pelancongan. Perkataan-perkataan ini akan dikumpulkan untuk dianalisis bagi mendapatkan peratusan serta kekerapan. Maka ini membolehkan perkataan yang kerap dan jarang digunakan akan dapat dikenal pasti . Kajian ini juga membuktikan bahawa leksikal memainkan peranan yang penting dalam pembentukan ayat dalam sesebuah teks ataupun laporan. Walau bagaimana pun, kajian ini hanya memberi penekanan kepada leksikal-leksikal khusus berdasarkan bidang pelancongan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: S.P.B.M. -- Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Laras bahasa; Brosur pelancongan; Bahasa Arab; Malaysia
    Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 20 May 2015 10:15
    Last Modified: 21 May 2015 09:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5409

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item