Struktur dan makna pariwara : analisis wacana dalam akhbar Bahasa Cina di Malaysia / Chang Yee Piyan

Chang, Yee Piyan (2014) Struktur dan makna pariwara : analisis wacana dalam akhbar Bahasa Cina di Malaysia / Chang Yee Piyan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Pariwara (Advertorial) ialah sejenis iklan yang terbentuk daripada gabungan “iklan” dan “rencana”. Kajian ini bertujuan untuk meninjau struktur dan pengolahan makna untuk menghasilkan wacana pariwara (advertorial). Kajian analisis wacana (Discourse Analysis) ini menggunakan metodologi kualitatif secara deskriptif. Kerangka konsepsi kajian ini didirikan daripada gabungan Teori Linguistik Sistemik-Fungsional (Systemic-Functional Linguistic Theory) dan Teori Genre (Genre Theory). Konteks kajian ditetapkan di Malaysia dan sampel merupakan pariwara (advertorial) dalam akhbar Bahasa Cina. Sebanyak 32 pariwara (advertorial) daripada empat akhbar Bahasa Cina antara 1 Oktober 2012 hingga 31 Januari 2013 dipilih sebagai sampel kajian. Kaedah pemilihan sampel bertujuan digunakan. Satu senarai semak penilaian dirangka berasaskan teori berkenaan untuk menyelaraskan proses analisis data. Data dianalisis secara manual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa struktur pariwara (advertorial) terdiri daripada genre campuran, kebanyakannya ialah campuran genre penerangan dan genre iklan. Gerak (Move) yang paling kerap digunakan termasuk tajuk, meminta tindak balas serta maklumat syarikat/produk. Makna pariwara (advertorial) didirikan berdasarkan sikap yang jelas, ideasion (ideation) yang tertumpu kepada tujuan untuk memberikan maklumat, penghubung yang terdiri daripada kata-kata atau frasa-frasa tertentu, dan identifikasi yang menggunakan kenamaan. Kajian ini memberikan sumbangan kepada kedua-dua bidang linguistik dan pengiklanan. Kata Kunci: Analisis Wacana, Advertorial, Akhbar Bahasa Cina, Teori Linguistik Sistemik-Fungsianal, Teori Genre.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Struktur; Makna; Pariwara; Analisis wacana; Akhbar Bahasa Cina; Malaysia
    Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 24 Jul 2015 13:05
    Last Modified: 24 Jul 2015 13:05
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5420

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item