Moh Shin, Ahmad Jalaluddin Al-Islami (2013) Penilaian modul Bahasa Arab untuk tujuan pelancongan / Ahmad Jalaluddin Al-Islami bin Moh Shin. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini berkaitan penilaian kepada modul bahasa Arab untuk tujuan pelancongan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesesuaian kandungan modul untuk tujuan pelancongan, mengenal pasti kelebihan dan kelemahan dari aspek persembahan. Bahan kajian adalah modul bahasa Arab untuk tujuan pelancongan yang digubal oleh Jawatankuasa Khas Kurikulum UiTM. Kajian ini juga akan menilai keberkesanan pembelajaran pengajaran menggunakan modul ini. Kajian ini melibatkan seramai 46 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan 3 orang daripada pensyarah yang terlibat dengan penggunaan modul ini. Proses penilaian ini menggunakan teori CIPP yang dibina oleh L.Stufflebeam (1971). Hasil kajian menunjukkan modul ini membantu pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab bagi tujuan pelancongan. Selain dari itu, didapati juga bahawa objektif dan kandungan yang terdapat dalam modul ini menepati untuk tujuan pelancongan. Kosa kata yang dipilih adalah bersesuaian. Keputusan kajian menunjukkan persembahan yang terdapat dalam modul menarik minat pelajar untuk mempelajari bahasa Arab kerana isi kandungan disusun secara teratur dan seragam bagi semua unit serta reka bentuk yang adalah kemas. Namun terdapat beberapa kelemahan dalam persembahan telah dikenal pasti antaranya penggunaan warna, gambar dan ilustrasi adalah tidak menarik. Selain itu ikon dan simbol tidak digunakan dengan jelas. Diharap kajian ini dapat membantu penulis modul dan pensyarah untuk menghasilkan modul yang lebih efektif dan berkualiti bagi menarik minat pelajar terhadap bahasa Arab. Di samping itu juga diharap dapat memberi sumbangan baru dalam arena penyelidikan bahasa Arab untuk tujuan khas secara amnya.
Actions (For repository staff only : Login required)