Chelian, Kamachy (2013) Stereotaip wanita dalam cerpen-cerpen Tamil Malaysia / Kamachy a/p Chelian. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Fokus kajian ini adalah stereotaip wanita Tamil dalam cerpen-cerpen Tamil Di Malaysia. Stereotaip merupakan satu fenomena yang wujud dalam semua masyarakat. Pada kebiasaannya golongan yang sangat lebih lemah dan yang tidak berkeyakinan dalam sesebuah masyarakat distereotaipkan. Dalam konteks ini wanita merupakan golongan yang kerap distereotaipkan dalam masyarakat Tamil. Maka pengkaji telah mengambil keputusan untuk mengkaji stereotaip wanita Tamil di Malaysia. Cerpen-cerpen Tamil yang dipilih untuk kajian ini adalah cerpen-cerpen yang ditulis oleh penulis di Malaysia. Lumrahnya, cerpen-cerpen akan mencerminkan gaya hidup sesebuah masyarakat. Oleh itu, pengkaji bukan sahaja mengkaji cerpen untuk melihat unsur-unsur stereotaip wanita Tamil di Malaysia tetapi juga meninjau pemikiran penulis-penulis cerpen terhadap isu stereotaip wanita Tamil. Pengkaji telah memilih 15 buah cerpen yang mewakili tiga dekad iaitu dari tahun 1970 hingga 2000. Petikan teks dalam cerpen-cerpen pilihan ini dijadikan data kajian. Data ini telah dianalisis dan dirumuskan bagi menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa memang wujud unsur-unsur stereotaip wanita dalam cerpen-cerpen yang ditulis oleh penulis Tamil Malaysia. Walau bagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa cerpen-cerpen yang terhasil pada lewat tahun 90-an, menampakkan dengan jelas unsur-unsur perubahan stereotaip wanita Tamil di Malaysia. Ini dapat dilihat melalui perlakuan yang melanggar stereotaip wanita Tamil oleh watak wanita dalam cerpen-cerpen tersebut. Pengkaji juga telah mengkaji unsur-unsur bahasa tertentu yang digunakan oleh penulis dalam menampilkan stereotaip wanita dalam cerpen-cerpen yang dipilihnya.
Actions (For repository staff only : Login required)