Penggunaan partikel bahasa Mandarin “LE” dalam kalangan pelajar Melayu: Satu kajian kes / Chan May Leng

Chan, May Leng (2013) Penggunaan partikel bahasa Mandarin “LE” dalam kalangan pelajar Melayu: Satu kajian kes / Chan May Leng. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2508Kb) | Preview

    Abstract

    Penemuan awal menunjukkan partikel 了-le yang mempunyai struktur tatabahasa rumit sering mengelirukan pelajar-pelajar Melayu dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua. Oleh kerana itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan memahami keadaan penggunaan partikel 了-le dengan berfokus kepada 40 orang pelajar Melayu yang telah tamat mempelajari kursus bahasa Mandarin di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Melalui ujian bertulis, kajian meninjau keadaan penggunaan partikel 了-le dari aspek pengkelasan kata kerja 了-le dan akhir ayat 了-le serta jenis-jenis ayat partikel 了-le. Kajian juga mengenal pasti jenis-jenis kesilapan yang wujud dalam penggunaan partikel 了-le. Melalui soal selidik dan temubual berstruktur, cara pembelajaran penggunaan partikel 了-le dikaji. Hubungan korelasi di antara cara pembelajaran penggunaan partikel 了-le dengan keputusan markah ujian bertulis juga dibincangkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan kumpulan pelajar cemerlang dan kumpulan pelajar lemah adalah lebih mahir dalam penggunaan kata kerja 了-le berbanding dengan akhir ayat 了-le. Kajian mendapati masalah akan timbul sekiranya pelajar Melayu memindahkan pengetahuan bahasa ibundanya dalam pemerolehan partikel 了-le dan seterusnya wujud kesilapan dalam penggunaannya. Kata-kata kunci: partikel 了-le, pelajar Melayu, bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua, cara pembelajaran, pemindahan bahasa ibunda

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.
    Uncontrolled Keywords: Bahasa Mandarin “LE”
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
    P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 30 Jun 2015 10:04
    Last Modified: 30 Jun 2015 10:04
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5476

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item