Penggunaan implisit Maful Bih dalam surah Al-baqarah: Satu kajian sintaksis / Mohd Sollah Bin Mohamed

Mohd Sollah, Mohamed (2013) Penggunaan implisit Maful Bih dalam surah Al-baqarah: Satu kajian sintaksis / Mohd Sollah Bin Mohamed. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (1053Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (44Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (1805Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian disertasi tentang al-Quran mempunyai daya tarikan yang hebat sehingga telah mendorong ramai pengkaji lebih-lebih lagi dalam bidang Nahu. Namun begitu kajian tentang implisit dalam ayat al-Quran amat jarang dikaji dan dianalisis. Ini kerana kajian sebegini masih belum mendapat perhatian besar khususnya di kalangan pengkaji bahasa Arab tempatan. Terdapat pelbagai bentuk implisit dalam bahasa Arab khususnya pada ayat-ayat al-Quran. Dalam kajian ini penulis telah memilih bab penghilangan maf‛ul bih dalam ayat surah al-Baqarah sebagai bahan utama kajian. Setiap penghilangan yang berlaku mempunyai sebab-sebab yang tersendiri. Antara contoh penghilangan maf‛ul bih ialah firman Allah SWT: yang bermaksud sama ada engkau beri amaran kepadanya tentang azab (seksa). Dalam ayat tersebut terdapat penghilangan maf‛ul bih iaitu (seksa). Sebab penghilangan dalam ayat ini ialah konteks ayatnya telah diketahui. Penulis telah menggunakan beberapa kitab Nahu dan Tafsir yang mu‛tabar untuk dijadikan rujukan. Pendapat ulama’-ulama’ juga telah diambil kira dalam menentukan sampel ayat agar objektif kajian ini tercapai. Hasil dari kajian ini menunjukan bahawa fenomena implisit kerap berlaku khususnya dalam surah al-Baqarah. Selepas penelitian, penulis mendapati bahawa terdapat 72 ayat dalam surah al-Baqarah yang berlaku penghilangan maf‛ul bih dengan sebab-sebab yang tersendiri. iv Penulis berharap agar kajian yang dibuat dapat memberi manfaat dalam membantu seseorang memahami sesebuah ayat secara mendalam. Selain daripada itu, ia juga dapat dijadikan rujukan kepada para penyelidik baru. Penulis juga berharap kepada para pengkaji agar turut memberi perhatian kepada kajian ini agar penggunaan bahasa Arab terutamanya dalam al-Quran dapat dihayati semaksimum yang mungkin.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013.
        Uncontrolled Keywords: implisit Maful Bih; Surah Al-baqarah
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        P Language and Literature > P Philology. Linguistics
        Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 26 Jun 2015 21:33
        Last Modified: 26 Jun 2015 21:33
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5497

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item